Pasti untuk Adam Rayyan

Mommy memilih Tadika PASTI untuk Adam Rayyan kerana:-

Jarak yang dekat dengan rumah
Jarak PASTI dari rumah adalah 500 meter. Kalau mommy nak jogging elok sangat dah. Joging pagi-pagi sambil hantar anak pergi tadika. Tapi nak ambil Adam 12.30 tengahari tu je tak berdaya. Mommy dah minta tolong dengan mak kawan Adam. Nak tumpang balik tadika. Lagipun sehaluan je. 

Harga yuran RM180 sebulan.
Sebenarnya yuran Tadika Kemas lagi murah. Tapi memandangkan mommy nak Adam belajar Iqra, maka mommy memilih PASTI. 

Ada belajar Iqra.
Mommy bukan tak nak ajar sendiri. Selama ni pon yang mengajar ABC, 123 dan macam-macam lagi adalah orang lain. Mommy tahu-tahu anak dah pandai. Kalau mommy ajar tak sampai 5 minit dah tak nak. So mommy hanya pantau je anak-anak.

8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari 
Separuh hari sahaja Adam bersekolah, jadi mommy dan Adam tak terkejut dengan jadual harian baru. Nanti dah tak ada mesti rindu. Bila ada geram jer. Hahaha. 


Hari tu mommy pergi daftarkan Adam. Adam kata tak nak pergi sekolah. Eh budak ni! 


Tengok muka tu, puas pujuk nak test baju ni. Muncung muka.


Tapi, apabila selesai pendaftaran, dia nak main kat luar. Haaa kat sekolah kan boleh main. Esok ni ada kawan lagi best tau!


Mommy harap Adam ok. Susah nak cakap perasaan mommy sekarang ni. Nak buat homeschooling, mommy tak berdaya. 


Macam tak percaya Adam dah masuk 5 tahun. Beberapa hari lagi nak masuk 2016. Semoga 2016 baik-baik sahaja!

3 comments:

  1. best. alhamdulillah ada orang boleh diharapkan utk tumpang balik. hihih

    ReplyDelete
  2. Walaupun anak aku baru 5bulan, aku terikut2 survey tadika..huhuhu...

    ReplyDelete