Kidzania Kuala Lumpur mengajar anak berdikari kerana aktiviti di sana hanya boleh dipantau oleh ibu bapa dari jauh sahaja. Namun ia tidak mudah bagi Adam yang jarang bergaul dengan orang luar. Puas dipujuk, Adam tetap tak nak join pada awalnya. Kemudian daddy ajak kami jalan-jalan tengok kawasan persekitaran Kidzania Kuala Lumpur ini.
Banyak sangat aktiviti untuk mengajar anak-anak berdikari di sini. Bermula dengan melihat barangan yang boleh ditukarkan dengan wang kidzo dan memulakan target. Mereka akan bekerja untuk mengumpulkan wang dan mencapai target yang diimpikan. Adam dan Anis mendapat 50 kidZo setiap seorang. Anis lebih berani daripada Adam, malangnya tak banyak pekerjaan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.
Kidzania Kuala Lumpur mengajar anak berdikari
Selepas habis sesi forum, baru lah Adam nak ikut anak kak sue, Faris yang berumur 9 tahun. Masa ni Faris dah mendapat 88 kidzo. Bila anak anda dah boleh bawa diri, senang mereka boleh bermain segala aktiviti bersama kawan-kawan baru. Keselamatan di sini sangat terjamin kerana anak anda tidak akan boleh keluar dari sini tanpa ibu bapa mereka. Jom tengok Adam dan abang Faris bekerja di Kidzania Recycling Center.
Kidzania Recycling Center
Mommy hanya boleh melihat dari luar sahaja. Tengok Adam tu, baju pon tak zip kan.
Kidzania Kuala Lumpur mengajar anak berdikari |
Apa yang staff di situ terangkan pon mommy tak dengar langsung.
Mommy pesan dekat abang Faris, ajak Adam sekali. Adam belum tahu membaca lagi. Cakap pon tak nak dengan orang yang dia tak kenal.
Yeay! Mereka boleh bergabung bersama. Lega hati mommy bila Adam akhirnya nak bermain juga di sini.
Adam ikut je ke mana Abang Faris pergi. |
Kalau tak ada abang faris, jawabnya Adam tak main la.
|
4yo vs 9yo |
Kidzania Police station
Adam dan abang Faris menunggu 20 minit untuk menjadi pegawai polis. Mommy ajak kak sue lepak duduk di kerusi yang tak jauh daripada mereka. Tengok dari jauh je mereka menjadi polis. Adam berdiri di depan sekali. Mereka di susun mengikut ketinggian.
Comelnya anak mommy |
Dua pekerjaan je Adam buat. Adam dapat kumpul 18 kidzo. Jumlah wang Adam 68 kidzo dan dicampur bersama wang Anis menjadi 118 kidzo. Duit tu Adam simpan dalam bank dan valid sehingga usia 17 tahun. Jika berkesempatan, tahun hadapan mommy nak bawa Adam ke Kidzania lagi. Masa tu Adam mesti dah boleh bergaul dengan orang luar dengan mudah sebab Adam dah pergi sekolah. Masa tu mommy pon dah ada kamera canggih yang boleh rakam gambar cantik dalam cahaya yang kurang :D
comelnya adam
ReplyDeleteDah ada anak nanti,insyallah nak bawak anak pergi sini.huhu
ReplyDeleteI like the way when they're organised thing for kids , so the kids definitely have fun even more they can learn how to be educated public workers , like a policeman . Oh I wish they also upgrade a lil bit of age like right now is Kidzania and they should provide for adult as well which is Adultzania . Haha
ReplyDeleteMy blog link -> Syamsid Blog -
.