Mommy sakit gigi. Mommy tak nak pergi klinik gigi swasta. Kebanyakan klinik yang mommy call mengenakan harga RM50-RM150 untuk sekali tampalan gigi. Kesian kat diri sendiri sebab sakit gigi. Kesian juga dekat daddyG cari duit. Mommy google cari Jadual Klinik Pergigian Shah Alam Seksyen 7. Tak ada! Habis la kalau mommy pergi klinik gigi tapi tak boleh jumpa doktor. Pernah dah sekali mommy kena; bila sampai ke klinik, hanya temujanji sahaja diterima. Huwaaaa menapak juga la mommy ke klinik swasta sebab dah tak sanggup tahan sakit dah. Sekarang mommy berada di Klinik Kesihatan sebab nak periksa darah Adam yang demam berlarutan. Mommy pon terus ke klinik gigi dekat bahagian atas. Nah tengok Jadual Klinik Pergigian Shah Alam Seksyen 7.
Jadual Klinik Pergigian Shah Alam Seksyen 7
Jadual Klinik Pergigian Shah Alam Seksyen 7 |
Pendaftaran
- Masuk je ke klinik, letakkan mykad/mykid bagi yang baru pertama kali datang, buku merah bagi ibu mengandung, atau kad klinik.
- Tunggu nama di panggil.
- Bayar RM1 untuk pendaftaran.
- Tunggu di dalam bahagian bilik doktor. Kalau tunggu kat bahagian pendaftaran nanti tak dengar pula nama di panggil.
Pemeriksaan doktor
Tunggu giliran di luar bilik pemeriksaan gigi sehingga nama di panggil.
"Saya sakit gigi, doktor"
Doktor pon periksa gigi. Doktor kata tak ada gigi yang menyebabkan sakit tu. Mungkin gigi geraham adalah punca sakit.
Kemudian doktor tampal gigi yang berlubang. Doktor hanya membuat satu tampalan. Prosedur Klinik Pergigian adalah hanya sekali rawatan untuk setiap lawatan.
Dah siap doktor suruh ke kaunter pendaftaran semula untuk membuat bayaran tampalan gigi. Hanya RM2 dikenakan untuk sekali tampalan.
Dah siap doktor suruh ke kaunter pendaftaran semula untuk membuat bayaran tampalan gigi. Hanya RM2 dikenakan untuk sekali tampalan.
Komen mommy:
1. Pendaftaran berjalan lancar
2. Doktor mesra pesakit
3. Bayaran murah sangat
4. Puas hati
Semua baik-baik je? Ha'ah semua ok. 8.15 mommy naik klinik gigi, 9.30 dah siap. Kalau ramai pesakit, maka lama perlu menunggu. Tapi masa tidak akan menjadi masalah jika datang awal pagi.
bila sakit gigi memang taktau nak cakap kan...saya guna ubat gigi garam buluh
ReplyDeleteHuhuu.. Gigi ni sebab menyusu anak kot cepat nor sakit
DeleteAssalamualaikum.. Nak Tanya, klinik Gigi Ni ada buat servis putihkan Gigi tak? kalau ada buat putihkan Gigi berapa eh?
ReplyDeleteRasanya takde putihkan gigi
Deletebetul3x.. klinik ni tak pernah kurang ngn patients.. mmg dari isnin - khamis senantiasa ramai...kadang even dtg pukul 7.30 pun dah half full..smpai kena berdiri lama..ada yg smpai duk kat lantai..adehh.. pernah kena advice ngn dctr sana sbb salah sendiri ..nk buat rwtan tp dtg lewat..hihi..sorry..but better g klinik gigi seksyen 19..kureng sikit org..x lah tggu lma sgt.. here goes some info:
ReplyDelete1. mana2 klinik gov xde wt bleaching @ putih gigi..
2. klau nk cuci gigi (scaling) rm2. dia just buang karang gigi yg kita x pandai nk cegah ala2 org xtau berus gigi.
3. scaling x dibuat utk hilangkan cigarette stains.
4. klinik gigi shah alam sehari satu rawatan sahaja..tampalan utk satu gigi sehari sahaja..*(mklum lah rmai kena tggu giliran)
5. nk wt rwtan JANGAN dtg lepas pukul 11..memang kene tiaw ngn dctr.."kalau sakit datang lah awal.."
tampalan tu kaler apa ya? sewarna ke yang tampal besi warna hitam tu?
ReplyDeleteKlinik pergigian kat shah alam? Kat mana ye? Saya pun nak pergi jugak sebab tak tahan sakit gigi. Boleh bagi exact area? Tq
ReplyDeleteDekat klinik kesihatan seksyen 7 shah alam...
Deletepesakit luar tu boleh walk in la ye?
ReplyDeleteAah..boleh walkin
DeleteKlinik ni kat hospital shah alam ea ?
ReplyDeleteKlinik ni kat hospital shah alam ea ?
ReplyDeleteKlinik kesihatan shah alam bersebelahan hospital shah alam
Deleteada buat bracer tak kat sana
ReplyDeleteGood info! Ramai sgt x orang? Kalau nak mtk scaling bleh terus buat atau kne set next appointment?
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
Hari sabtu x bukak ye?
ReplyDeleteKalau sakit gigi mmg serba tak kena kan...
ReplyDelete