Forum Positif dalam Pengasuhan oleh Alexius Cheang, Kidzania Kuala Lumpur

Terima kasih Kidzania kerana memberi peluang kepada mommy untuk menyertai Forum Positif dalam Pengasuhan oleh Alexius Cheang, Behavioural Psychologist.

Kidzania Kuala Lumpur
Forum Positif dalam Pengasuhan oleh Alexius Cheang, Behavioural Psychologist.

Perkara pertama yang Mr Alex tekankan adalah tentang ratio/nisbah positif dalam kehidupan harian ibu bapa. Ini kerana emosi positif dapat membuka minda dan memberi idea yang lebih baik untuk setiap tindakan.


Nisbah positif negatif dalam diri kita boleh diketahui melalui ujian positivity seperti gambar di bawah. 

Using Positivity in Parenting | Take the test

Ujian ini perlu dibuat setiap minggu. Menurut Mr Alex lagi, positivity kita akan berubah menjadi lebih baik setiap minggu.


Pada pandangan mommy sendiri, menjadi lumrah kehidupan kita mempunyai sifat positif dan negatif. Namun yang membentuk kita menjadi lebih baik adalah mengubah sikap negatif tersebut dengan berfikiran positif dan belajar dari pengalaman.

Menurut Mr Alex lagi, jangan di ambil kira nilai negatif kita tu. Its normal. Kita cuma perlu berfikiran postif dan seimbangkan emosi kita. Semua orang akan mengalami perkara yang sama dalam membesarkan anak. 

Sekiranya anak melakukan kesalahan,tak boleh la ibu bapa menjadi terlalu positif. Tegur anak itu agar menjadi lebih baik. Anak kecil sudah tentu tidak mengerti apa-apa; apa yang baik atau buruk, namun tindakan ibu bapa adalah pelajaran besar buat mereka. 

Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Jadi, positif dan besederhana dalam pengasuhan anak-anak kita. Jangan lupa take the test; Using Positivity in Parenting

0 comments:

Post a Comment