Datang mana berani dan takut?

Datang mana ye berani dan takut tu? Ia merupakan lumrah alam. Sesuatu benda baru yang boleh dilakukan begitu sahaja kita katakan berani. Namun jika kita ada perasaan sebaliknya iaitu takut, kita tetap kena lalui. 

Anis masuk dalam air dengan slumber sahaja. Adam pula yang takut dan marah dengan perlakuan adik. 


Selagi kita tak cuba, kita tak tahu apa hasilnya. Selagi kita biarkan takut menguasai diri, sampai bila kita tak akan mencuba.


Mungkin juga pengalaman lalu mempengaruhi rasa takut Adam. Adam pernah hampir lemas ketika mandi di pantai. Dan dia masih ingat momen tersebut.


Mommy pon takut sebenarnya. Takut air masuk dalam telinga. Telinga pula jenis sensetif. Muncul pula macam-macam penyakit di kemudian hari kan susah. Korang tak apa la muda lagi. Bangga betul mommy tengok Anis boleh masuk dalam air macam ni.

1 comment: