Siapa tak suka bila tahu ada promosi kan? RM1 pulak tu. Keluar 'beraya' semalam daddyG pon singgah la ke cawangan kedai tersebut.
Masuk ke kedai, mommy pusing-pusing cari barang promo RM1 tu. Segan nak tanya kat kaunter sebab ada orang. Bila orang dah tak ada baru mommy tanya. Kata cashier tu barang promo dah habis.
Masuk kereta mommy kena sekolahkan dengan daddyG kerana lama sangat mommy masuk kedai tu. DaddyG kata, "tanya je dekat kaunter tu. Kan dah buang masa lama-lama.".
On the way ke tempat tujuan, daddyG singgah ke cawangan lain. Masuk je mommy terus tanya, "barang promo seringgit ada lagi kak?"
"Dah habis cik. Maaf ya.", jawab jurujual tersebut.
"Bila lagi habis ya?"
"Pukul 12 malam tadi lagi dah habis."
Rupanya ramai orang complain dekat facebook perkara yang sama. Tengah malam barang dah habis. Pelik. Barang promo habis dalam masa kurang satu jam? Tapi promosi kata dua hari?
DaddyG bengang. Baik kau buat promo satu jam je.
Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa stok barang promosi takleh bertahan lama, jangan la dok gebang promosi selama 2 hari. Pastu tulis kat bintang 'while stocks last'.
Apa point war-war kan promosi 2 hari kalau stok hanya mampu bertahan dalam masa satu jam?
Mommy mewakili daddyG, marah ni! Marah ni!
boleh pula stok habis kan? bukan ke patutnya kedai tu.. stok dia sentiasa ada... tulah kan..tak ukur baju di badan sendiri betul...
ReplyDeleteboleh pula stok habis kan? bukan ke patutnya kedai tu.. stok dia sentiasa ada... tulah kan..tak ukur baju di badan sendiri betul...
ReplyDeleteNak marah jugak. Len kali kedai tu nak buat promo, buatlah Malaysia wide. Ni Sabah Sarawak exclude ! Tak aci sungguh ! Apa kat sini tak menyumbang kepada keuntungan ke? T_T
ReplyDeletesetuju tu....
ReplyDelete