Nampak gemuk BMI tak ideal sangat

Hari jumaat lepas mommy pergi klinik bawa Amal jumpa doktor. Setiap kali pergi klinik mesti mommy tak melepaskan peluang timbang berat badan. Kali terakhir timbang, 50kg. Kali ini 49.5 kg. Turun 500g sahaja.


Dengan tinggi dan berat mommy sekarang, BMI mommy adalah 23.54. BMI normal adalah antara 18.5 dan 24.9. Jadinya BMI mommy dah sipi-sipi nak terjah ke berat badan berlebihan. Mommy perlu turunkan 4kg untuk mendapatkan BMI yang betul-betul ideal iaitu 21.7 [betul-betul ideal adalah BMI di tengah-tengah BMI ideal=di tengah-tengah antara 24.9 dan 18.5]


Klasifikasi BMI

Kurang 18.5      Kurang Berat Badan 
18.5-24.99        Normal Berat Berat
25-29.99           Berlebihan Berat Badan 
30-34.99           Obesiti (Kelas 1)
35-39:99           Obesiti (Kelas 2) 
40 dan lebih      Morbid Obesiti

Apa itu morbid obesiti? Keadaan berat sekurang-kurangnya dua kali berat badan yang ideal.

Cara mengira BMI 

Tak payah susah-susah nak kira, jom guna kalkulator BMI kat sini-->  Adakah berat badan anda ideal? Jom kira BMI dengan BMI kalkulator

Bila ambil gambar salah posing je mommy terus nampak gemuk. Kalau pandai ambil angle terus nampak slim. Jadi mommy harus menurunkan 4kg itu supaya tak risau dah gambar nampak gemuk. 

5 comments:

  1. Mommy dah start kawal makan ni.. Hihi

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok yang morbid obesiti tu.... tapi memang takut obes tak berkesudahan . Skrang saya yang 25 tu... dah berlebihan

    ReplyDelete
  3. Akak pun takutnya nak naik penimbang sebab sah sah akak ni overweight ...nangessssssss

    ReplyDelete