Hari Ahad lepas, mommy berpeluang menikmati makanan berasaskan kambing di Cafe Cerita Kambing, Shah Alam bersama blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Bila sebut makan kambing, mommy dan daddyG adalah penggemar kambing. Seawal jam 11:30 pagi kami berkumpul di Cafe Cerita Kambing. Cafe ini terletak di dalam Anggerik Mall.
Parking di Anggerik Mall RM2 sekali masuk pada hujung minggu. Cafe Cerita Kambing berada di aras 1, di mana korang cuma perlu naik eskelator dan pergi ke sebelah kanan.
Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall, Shah Alam |
Apakah kriteria utama anda bila memilih untuk makan di luar? Bagi mommy yang paling penting adalah kebersihan. Keadaan dalam cafe ini nampak kemas dan teratur. Seterusnya, makanan mesti lah sedap. Haaa, sedap ke makanan kambing di sini?
Dari Dapur Cafe Cerita Kambing |
Tukang masak di sini adalah Chef Zakaria yang berpengalaman memasak pelbagai jenis masakan berasaskan kambing selama lebih 10 tahun. Cafe Cerita Kambing dibuka hampir setahun bagi memudahkan pelanggan merasa masakan berasaskan kambing.
Semalam mommy sempat merasa kambing bakar di sini. Daging kambingnya lembut bersama kuahnya yang sedap. Serius, mommy sangat recommend penggemar kambing untuk datang ke cafe merasa sendiri keenakan rasa kambing bakar.
Antara menu lain yang menarik di sini adalah Nasi Beriyani, Kambing Masala, Ayam Masak Merah, Mee Jawa, Laksa Johor dan banyak lagi. Set Beriani Kambing berharga RM12.90. Kalau ada yang tak makan kambing boleh makan nasi beriani bersama ayam masak merah yang berharga RM7.
Sekiranya ada permintaan untuk menu lain, chef bersedia untuk memasak. Seperti contoh daging kambing salai bersama air asam.
Untuk minum petang, di sini terdapat ubi kayu yang boleh di makan bersama kelapa parut atau sambal ikan bilis.
Ubi kayu rebus |
Yang menarik juga di sini adalah serawa atau pengat pisang. Rugi kalau tak cuba!
Pengat pisang |
Jika ada yang berminat untuk membuat tempahan katering majlis perkahwinan atau sebarang majlis, boleh berhubung Chef Zakaria atau isterinya; Puan Noraizah.
Nombor Telefon : 01131760227 / 0192816308
Facebook : Noraziah Dahari / Cafe Cerita Kambing
Nama gerai : Cafe Cerita Kambing
Lokasi : Anggerik Mall, Shah Alam Selangor
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 11:30 pagi – 5:00 petang
Korang kalau nak makan kambing, jangan pergi lambat tau. Kalau lambat selalunya kambing dah habis.
Baru baca pasal cafe ni kat blog abg ben jugak :)
ReplyDeletememang terbaik masakan dia.. sedapp
ReplyDeleteirra dekat boleh la repeat adoiii teringat2 ayam masak merah dia huhuu
ReplyDeletemakan kambing aje k.irra.
ReplyDeletesuka kambing masala dgn nasi briyani kat sini sedap
ReplyDeletenanti share dengan kakak ipar.. dia memang suka giler makan kambing.. boleh pengsan kalau nampak kambing... hahahhahaaaa... :p
ReplyDeleteuisssh..sedap tu ubi kayu rebus.cicah pulak dengan sambai bilis...
ReplyDeleteterus berbunyi perut akak ni ha...alahaiii;....
ReplyDelete