Baju hari-hari berlambak nak kena basuh. Maka berlambak juga la nak kena lipat. Korang nak dengar mommy membebel tak?
Mommy ni dah la malas a.k.a penyegan nak lipat baju. Kemudian ada pulak trigger yang menjadikan mommy lebih segan nak lipat baju. Ingat trigger ekzema je ke ada? Haha trigger adalah perangsang. Perangsang atau penambah rasa malas melipat baju. Macam-macam lah mommy ni.
Sambung cerita, sedang mommy melipat baju, Amal menangis-nangis nak mommy. Amal bangun awal pagi setiap hari. Bangun pagi dia terus buat projek(beeyak). Kena la settle kan dulu projek Amal sampai selesai. Dah selesai, nak bagi Adam dan Anis minum pagi.
Haa tengok tu gambar dari atas je. Mommy pon tak tahu nak mula melipat macam mana bila dah tengok banyak sangat ni. Adududuu
Dah siap bagi Adam Anis makan, baru lah mommy boleh sambung bertarung dengan kain-kain ni. Ececehhh bertarung konon. Punya la susah nak buat kerja nan satu ni. Amal duduk dalam walker.
Mommy baru lipat sehelai, Amal dah bising. Terbantut sudah acara nak bertarung dengan perasaan segan melipat kain.
Terpaksa lah meninggalkan timbunan kain dan melayan Amal. Sedang menidurkan Amal, Anis pula menangis minta air teh. Yang seorang ni pula tahap penyabar dia boleh tahan. Nanti kalau menangis, terjaga lah adik yang baru nak lena. Tapi mommy tak layan pon sebab bengang la jugak. Tadi mommy kat bilik belakang awak tak kisah pon nak air. Merajuk la si Anis dan baring sebelah mommy.
Amal dah tidur, mommy pun ajak Anis tukar pampers. Mandikan. Anis nak pakai baju sendiri. Tapi bila pakaikan, selalu pakai terbalik. Lantak lah. Mommy dah banyak kali ajar pon nak terbalik jugak. Nanti lama-lama pandai la tu. Anis 2 tahun setengah, semua perkara dia nak buat sendiri. Tak dapat, menjerit. Sabar je la.
Sementara Anis pakai baju sendiri tu, mommy sambung lipat baju. Tak sempat apa lagi, Anis datang dekat kata pakai baju terbalik. Eh budak ni, pakai betul dah tu. Dok juga kata pakai baju terbalik. Jadi mommy buka jela baju dia. Pastu bagi baju lain. Anis ni memilih pakaian sendiri. Jenuh la nak pujuk pakai baju pilihan mommy kalau dia tak berkenan.
Hurmm tak jadi juga mommy nak lipat baju. Sebab mommy rasa nak membebel dalam entri ni. Haaa sampai ke sudah hanya dapat lipat satu je baju.
Minah jepun dah settle keje dia. Kalau tak sidai kain tu nanti lupa pulak. Bai bai kain yang menggunung. Nanti ada masa, mommy sambung eh lipat baju. Tapi hakikatnya mommy tak sempat pon sidai baju.
Adam Rayyan nak berak pulak. Dah siapkan Adam Rayyan, Amal dah jaga. Hahaha belum publish entry Amal dah jaga. Ok ok nak stop dah bebel. Mommy bukan malas tau!
Salam jumaat..
ReplyDeletecabaran seorang wanita bergelar ibu :)
paling malas part lipat kain. malas2 pun kena buat juga
ReplyDeletefaham...sgt..walaupun Fida belum alami situasi gini..
ReplyDeleteJemput join segmen Fida yer
http://iampiegirl.blogspot.my/2015/11/segmen-bloglist-dec-15-jan-16-by-afidah.html
Menimbun gk ni bju kt rmh..da hbis lipat..ada lg kt luar menunggu...
ReplyDeletewahhh..paham sgt..aku anak sorang pun rasa mcm tak cukup masa...tp best lah dpt jaga anak sendiri.....
ReplyDeleteHahaha.. Banyak nau kekangan kan..
ReplyDelete