Tips Diapers Free

Mommy tak takut lipas. Tapi kalau lipas tu muncul secara tiba-tiba, mommy pon menjerit la siap pakej melompat dan berlari. Hahaha. Disebabkan reaksi mommy tu, Adam Rayyan pon takut pada lipas.

Sabtu lepas, 10-10-2015 bersamaan umur Adam Rayyan 4 tahun 1 bulan 10 hari, dia taknak pakai pampers lagi dah. Hanya kerana LIPAS! 

"Lipassss! Lipassss! Ada lipasss!", jerit mommy sambil tunjuk ke arah pampers. 

Adam Rayyan meraung sekuat hati. Dalam hati mommy nak gelak ada, kesian pon ada. 

"Nak pakai pampers?", tanya mommy. Anak tu dah menangis tak berlagu. Adam Rayyan geleng kepala sambil menangis-nangis.

Pampers tadi mommy campak dalam bilik. Mulai saat tu, Adam Rayyan tak nak pakai pampers lagi.

parenting health food blogger

Hari ini 12-10-2015; selama tiga hari ni, 4 kali dah bocor. Pertama ketika Adam duduk mencangkung nak ambil air dalam peti sejuk. Kedua, Adam kejut daddy pagi-pagi sebab seluar dia basah. Ketiga, mommy dah atur Adam kencing kat bilik air, tapi dia tak kencing pon. Sekali terkencing masa tengah main playdough. Keempat, terkencing masa main di bilik atas.

Kesimpulannya, jangan hanya bertanya pada anak, "Adam nak kencing?". Tapi terus ajak dia ke bilik air. Dan pastikan dia betul-betul kencing. 


Mommy happy sangat melihat kejayaan Adam Rayyan yang bebas daripada pampers. Orang sekeliling selalu tanya serupa marah kan mommy. 

"Adam pakai pampers lagi???"

Mommy bukan taknak ajar. Masalahnya adalah Adam Rayyan pandai pakai pampers sendiri kalau mommy taknak pakaikan. 

Lagipon daddy tak kalut untuk bayar pampers Adam. Daddy kerja lagi kuat sebab daddy nak ada keluarga besar. Hahaha

Mommy seronok yang amat dengan perkembangan Adam Rayyan. Dia boleh berak tanpa pampers juga. Good job sayang! 

Terima kasih atas tips berkesan daripada mommy shehan iaitu ada lipas dalam pampers. Tips diapers free ini berjaya dengan jayanya.

10 comments:

  1. bagus juga tips ni mommy kan..akak pun nanti nak ikut jugak

    ReplyDelete
  2. nanti boleh gunakan tips ni untuk Zahra.hihi;)

    ReplyDelete
  3. okey.....macam nak ikut je tips ni.Firas memang takut lipas.

    ReplyDelete
  4. bagus gak yer ..sekurang2nya dia tak nak pakai dah..hehehetapi kalau yg menyusu lagi macam mana pulak..just tanya pendapat jew..hehehe

    ReplyDelete
  5. wahh...menjadi ye..huhu..nanti adam saya dah besar sikit bleh try:)

    ReplyDelete
  6. Tgh usaha nk pisahkan aimy dr pampers

    ReplyDelete
  7. yg penting kan irra kena dua2 bersedia tau masa nak diapers free..klu tak nnt kita stress anak pun terstress kan..hahahhaha kembar nnt camner la ni

    ReplyDelete