Sup cendawan telur ayam kampung

Salam maal hijrah buat semua! Jom kita berhijrah menjadi lebih baik. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. 

Entah kenapa mommy boleh terlepas pandang cuti Awal Muharram. Maka tiada sebarang aktiviti pada hari cuti ini. 

Sebagai emak ni, bangun pagi dah kena plan apa nak di buat dan apa nak di masak. Pagi tadi mommy buat sup cendawan.

Hari tu beli dekat Giant pek sup cendawan. Hahaha malas yer? Alaaa rajin la ni... Kalau malas kita g makan sup cendawan dekat Pizza Hut ke atau Capricciosa. Sup sebegini adalah kegemaran Adam dan daddyG. #bajetorangkaya

Jom buat sup cendawan dengan mengikut arahan kat belakang bungkusan tu. 

1. Didihkan 750ml air
2. Masukkan serbuk sup cendawan dan kacau selama 1 minit
3. Masukkan telur ayam kampung yang dikacau

Taraaaa....


Siap! Boleh la kan?


Makanan segera ni memang mudah dan cepat. Tapi tak bagus untuk kesihatan. Sebab tu juga lah mommy menggunakan segala bahan asas yang organik. Serbuk sup cendawan pasti ada makanan dan perasa tambahan yang bersifat asid dicampurkan dengan telur ayam kampung yang bersifat alkali akan menjadikan sup cendawan telur ayam kampung bersifat natural. Eh korang faham tak mommy membebel? Tak faham boleh komen, nanti mommy jelaskan lagi.

Lepas ni kena g cari resepi dekat blog che mat gebu lah. Buat sendiri dari A to Z. Semoga mommy rajin!

10 comments:

  1. ni preparation malam jumaat ke siap telur ayam kg ni. :p

    ReplyDelete
  2. Sup sedap ngak makan terutama musim hujan nie...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngak?hahhaa zarin nie....ingat org indon ke tadi..hahhaaa

      Delete
  3. Irra...sedapnyer sup cendawan telur ayam kampung nie...

    lebih sedap dari sup cendawan PH...hehe

    ReplyDelete
  4. sedap plak SA tgok...ini untuk Amal ke untuk mama amal ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk adam dan daddy...amal xleh makan lagi yg ni

      Delete
  5. okey, tak paham..mummy sila explain..hehe

    ReplyDelete
  6. alaaa.. nak gi cari jugak lah jap lagi..
    lama tak makan mushroom soup yang ala-ala pizza hut tu.. hehehee.. :)

    p/s : susahnya nak cari telur ayam kampung. kat pasar tani pun kadang2 takde..

    ReplyDelete