Rumah Terbalik Port Dickson

Upsidedown Art Gallery Port Dickson

Ini throwback kami ke Rumah Terbalik di Port Dickson. Kebetulan masa tu mommy hantar adik ipar pergi kursus di PD, DaddyG pun rancang percutian mengejut kami di sana. Ini adalah satu satu tempat yang kami pergi.

Sebelum nak menterbalikkan rumah, kita kena jadi bomoh dulu. Mambang kuning, mambang hijau, mambang biru, mambang bulan, mambang bintang, mambang tanah. Terbaliklah! Hahahahaa.. Jom tengok rumah terbalik yang pertama kali mommy pergi ni.

Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
tok bomoh Malaysia yang baru
Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
Jangan nakkk!
Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
nak ambil sabun jap!
Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
fuyoo adam
Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
mommy tergantung kat atas tu kenapaaa
Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
aku cinta padamu
Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
anis pon sibuk nak join jugak
Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
Jangan kacau mommy nak vacuum rumah
Rumah Terbalik Upsidedown Art Gallery Port Dickson
sebab dengar cakap mommy upah

Masa ni Amal baru dua bulan. DaddyG ambilkan gambar sambil dukung Amal. Dinasihatkan untuk membawa kamera yang canggih supaya dapat gambar yang cantik. Untuk ibu-ibu yang ada baby dinasihatkan bawa bersama carrier. Stroller tidak dibenarkan bawa masuk.

Seronok dan sangat teruja dengan aktiviti sepanjang berada dalam rumah terbalik ni. Tapi kepenatan la sebab nak kena handle 3 orang anak. Mereka pon lama-lama boring. Apa la mommy tak habis-habis bergambar. Lepas tu mommy berazam nak memiliki kamera Sony Alpha 6000. Arghhhh bila tu?


Untuk maklumat lanjut:-


Waktu beroperasi:
Isnin - Ahad
10 pagi - 9 malam


8 comments: