Pikat anak makan sayur

Mommy potong sayur. Datang Adam dan Anis menjerit.

"Winko ta! Winko ta!". Winko ta tu adalah twinkle star. 


Mommy bangun basuh pinggan yang ada dalam sinki. Pusing belakang tengok pinggan carrot dah tak ada. Anis dah usung ke depan TV. Dua beradik tu meratah je makan carrot.


Sekali diorang datang hantar pinggan je. Mommy terpaksa potong carrot sebiji lagi. Anis sekali lagi angkut ke depan tv.

DaddyG kata takpe lah. Anak-anak nak makan sayur. Hahaa so cara nak bagi anak-anak makan sayur adalah dengan menarik perhatian mereka! Yes!

Jom amalkan makan carrot dalam pemakanan harian kita. 10 perkara yang mungkin kita tak tahu tentang kebaikan carrot:-

Kebaikan Carrot

Kulit: Carrot sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Carrot boleh menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Mata: Carrot adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu  untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

KanserCarrot meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

Kolesterol: Makan satu batang carrot setiap hari membantu mengeluarkan kolesterol jahat daripada badan. Haa ingat lagi mommy bercerita pasal kolesterol baik dan kolesterol jahat? Baca kat sini >> 

Otak: Carrot mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

Tekanan: Minum segelas jus carrot setiap hari untuk melegakan dari tekanan.

Jantung Sihat: Carrot diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membersihkan BadanCarrot mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

Anti-Penuaan: Beta-Karotena yang terdapat dalam carrot membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.

4 comments:

  1. pcl selalu buat jus carrot milk.. hanis paling suka.

    ReplyDelete
  2. baguslah..makan mentah pulak tu..lagi banyak khasiatnya kan..Fida pun suka makan carrot...masak sayur selalu lebihkan carrot..tapi tetap rabun..hahaha

    ReplyDelete
  3. makan carrot banyak banyak adam anis eh.. jgn jd mcm chikny, darjah 3 dah pakai spek hihi

    ReplyDelete
  4. ok gak kalau buat gini... hehehe... kalau org dewasa mcm umie ni yang x suka makan sayur.. tgk ni pun mcm teringin pulak nak makan carrot..hehehe

    ReplyDelete