Tengah potong kentang kecil-kecil tu, sakit perut menyerang lagi. Mommy sempat la masukkan kentang dalam periuk sup ayam dan perlahankan api dapur. Seterusnya berlari ke jamban. Lariiiiiiiiiii mommy lariiii.. Toilet sebelah je pon kan. Tapi sakit perut tu.
Ya Allah sakit! Subhanallah. Ini sakit perut yang tak tahu la macam mana nak cakap. Sakit macam contraction nak beranak tu. Tiba-tiba tekak rasa loya teramat, mommy pon turun ke bawah dari jamban duduk tu. Lepas tu apa jadi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sedar sedar mommy macam orang mamai bangun tidur. Pipi mommy ada kat lantai dan rasa air. Air paip terbuka kan. Perut pon masih sakit lagi. Dahi pon berdenyut-denyut. Raba dahi. Bengkak!
Aku pengsan?
Agaknya la masa nak turun tu, mommy pengsan dan terhantuk dahi ke lantai. Benjolan yang besar dan terasa pedih berdenyut-denyut tu memang kuat sangat la hentakannya. Scary!
Mommy nak menjerit tak berdaya dengan sakit perut menyerang lagi. Badan rasa lemah longlang. Cirit lagi. Hurmmm.
Mommy buka paip air pancut. Basahkan badan yang sememangnya dah basah sehingga badan mommy segar semula. Mommy pon keluar bilik air.
Mommy keluar dari bilik air pukul 6. Berapa lama mommy pengsan? Huhuhuu
Kebiasaannya mommy tak kunci pintu. Bukan lama pon duduk dalam toilet tu. Tapi kebetulan hari ni, perut dah sakit, si adam main ketuk-ketuk pintu. Mommy pon kunci la.
DaddyG cuti. DaddyG jaga Amal dalam bilik. DaddyG ingat mommy sedang memasak di dapur.
"I pitam la dalam bilik air. Tengok dahi ni bengkak."
"Laaa sakit perut kenapa?", tu je respon daddy. Hahaha
Bila mak dengan abah kat kampung dapat tahu, mereka risau. Mommy dah baik baru whatsapp family. Mereka pon report kat mak abah. Mak abah pun call, mommy tak jawab sebab tengah masak kat dapur. Mommy call semula tak berjawab. Coverage kat kampung tenat sungguh. Payah benar nak dapat call. Bila cerita pada abah, abah pesan lepas ni jangan kunci pintu bilik air dah. Mak pula suruh pergi jumpa doktor. Periksa kenapa boleh pengsan. Mak abah memang pantang la anak dia sakit-sakit ni.
Sebenarnya, ini lah pertama kali mommy pengsan. Teruk benjol kat dahi. Huhuhuu bila imbas kembali apa yang berlaku, pukul 5 sakit perut, pukul 6 keluar dari bilik air. Ada la setengah jam pengsan dalam bilik air. Alhamdulillah tak jadi apa-apa.
Aku rasa aku kuat. Atau aku boleh katakan semua emak memang kuat. Selagi terdaya akan buat apa sahaja untuk family. Lepas keluar bilik air tu mommy basuh berak amal. Pukul 7 sambung masak makan malam.
Mommy kuat! Semoga mommy diberi kesihatan yang baik-baik je.
nasib baik la daddy G cuti ira. KG pun pernah pengsan dlm toilet...tu pun masuh gagah bangun dan buat keja lepas tu
ReplyDeleteakak pun pernah beberapa kali sakit perut mcm tu..mcm nak contraction nk bersalin..dan mmg akan muntah & cirit birit..badan rasa menggiggil tapi alhamdulillah belum sampai tahap pengsan..pi klinik doktor ckp gastrik..take care ye..
ReplyDeletehmm.. be careful
ReplyDeleteFida tak pernah pengsan dekat jamban lagi setakat ni.Paling tidak pun pengsan dekat depan rak kasut..
ReplyDeleteSakit perut teruk memang boleh bawak pitam.. , pengalaman pcl pernah jatuh dlm telaga masa kat kampung...kes sama sakit perut terlampau sampai xleh kawal (untung nyawa masih panjang kalau tak arwah dah..sangkut kat rimbunan pokok bemban ..ahaha kenangan lalu) alhamdulillah boleh gak share cerita .
ReplyDeletescary jugak citer PCL ni... errrmmm... :(
Deletemujur tak apa2 ye..
Allahuuuu... Siannya akk. Dah la akk ni techik molek jee. Sebaik xde pape berlaku.
ReplyDeletefirst time dengar org sakit perut leh jadi pengsan.. scary nya.. :(
ReplyDeleteplease extra be carefull lepas ni ye mommy..
cayanggg mommy... :)
take care Mommy
ReplyDeleteViral gastrik tu namanya.. gastrik sbb virus.. mak kekny dh dua kali kena.. virus nixda ubat.. tunggu jela baik sendiri dlm 7 ke 10 hari... symptom dia muntah, citit, demam dan sakit perut..
ReplyDelete