Restoren Kari Kepala Ikan Kampung Pandan
Restoren in terkenal dengan menu Kari Kepala Ikan dan dibuka 24 jam. Lokasinya yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng menjadikan restoren ini dikenali sebagai Restoren Kari Kepala Ikan YKS. YKS adalah singkatan untuk Yap Kwan Seng.
Restoren Kari Kepala Ikan Yap Kwan Seng
Restoran Kari Kepala Ikan YKS terletak ditengah bandar Kuala Lumpur. Boleh nampak menara KLCC kebanggaan rakyat Malaysia yang tersergam indah bila berdiri di hadapan Restoren Kari Kepala Ikan ini. Nak berjalan kaki ke KLCC mengambil masa 10minit sahaja.
Menu utama di sini sudah semestinya Kari Kepala Ikan. Untuk menikmati Kari Kepala Ikan yang betul-betul kaw, kami di ajar serba sedikit bagaimana caranya nak makan Kari Kepala Ikan ni. Peminat tegar Kari Kepala Ikan akan mula makan mata dan bibir ikan. Aummm. Haa korang kenal tak bibir ikan?
Sebelum dituang kuah kari. Nampak tak bibir ikan tu? Ahaaa mommy tak pernah makan sebelum ni. teragak-agak nak mencuba. Tapi cuba juga. Ternyata benar, sedap! |
Hardcore part bila makan kari kepala ikan adalah makan mata dan bibir ikan. Yes, im done! |
Tengok semula gambar-gambar ikan merah ni memang buat rasa hati nak pergi semula ke Restoren Kampung Pandan Kari Kepala Ikan di Jalan Yap Kwan Seng |
Harga kari kepala ikan adalah mengikut saiz ikan iaitu kecil, sederhana dan besar. Harga bermula dari RM60 sehingga RM90 mengikut saiz. Kari kepala ikan yang kami makan adalah bersaiz besar.
Selain kari kepala ikan, restoran ini juga menjual makanan lain di kiosk-kiosk kecil seperti Rojak, Satay, Tomyam, pelbagai jenis makanan goreng dan macam-macam menu.
Disini juga merupakan lokasi (port) yang sesuai untuk berjumpa kawan-kawan, mesyuarat secara santai atau bersama keluarga. Restoren Kari Kepala Ikan juga menyediakan tempat yang selesa dan mempunyai kemudahan seperti bilik VVIP. Tempat parking juga yang selesa.
Terkini di Restoren Kari Kepala Ikan adalah persembahan busking yang dibuat setiap malam Sabtu. Sambil makan anda boleh layan lagu-lagu pelbagai genre yang sedap.
Amal kasi thumbs UP untuk kari kepala ikan Restoren Kampung Pandan, YKS |
Wahhh.. Menarik sangat kan. Mommy pon rasa nak repeat lagi makan Kari Kepala Ikan di sini. Rasanya yang betul-betul "kaw" sangat sedap dinikmati sehingga satu hari berlalu pon jemari masih berbau kari kepala ikan. Baby Amal pon boleh layan makan isi Ikan Merah yang manis. Yummy!
Untuk sebarang tempahan / maklumat:
Lokasi: No.2 Lorong Yap Kwan Seng,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia
(waze: Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan)
En. Hamid:
No Tel: 0321612525
Waktu operasi 24 jam
Instagram: @karikepalaikan_yks
Fb profile: Kari Kepala Ikan Yks
Fb page : Karikepalaikan_YKS
ini memang buat akak jeles...huh...x nak tgok lama2
ReplyDeleteberbunyi2 perut tengok kari kepala ikan tu..selalunya masakan kat kedai mamak, kari dia especially memang sedap..
ReplyDeleteyumyum.. ni nk cari kepala ikan try masak plak ni. hihi
ReplyDeleteSedapnya..lapor...nnti boleh ajk en.suami g cni.suami kte mmg peminat tegar kari kepala ikan..
ReplyDeleteLapar...hehehe..nnti leh ajk suami g cni.suami kte mmg peminat tegar kari kpala ikan..
ReplyDeleteterliur la pulak nampak kari kepala ikan ni....
ReplyDeletebesaq nye kepala ikan. muka mal tu tak tahan. sedap sngt gamaknya
ReplyDeletebesnya kari kepal ikan mommy!.terliur..
ReplyDeletebesar..sedap dapat gigit bahagian pipi tu lemak-lemak rasanya
ReplyDeleteOk repeat nt lanjer kiita sefamily eh mommy..Tq .
ReplyDeletesedappppp nihhh! thumbs up amal :)
ReplyDeletePehh kari kepala ikan :D
ReplyDeletesinggah n follow...sedap nya kari kepala ikann..feveret AR tu. pernah mengidam kari kepala ikan kampung atap. adehh
ReplyDelete