Ikan Tenggiri segar dari laut dalam

Kawan mommy yang seorang ni suka memancing. Hujung minggu lalu, dia pergi memancing. Bukan di sungai tau. Dia pergi memancing di laut dalam.

Dalam banyak kali kawan mommy ni pergi memancing, kali ni je dia bawa balik ikan paling berat iaitu 7kg lebih. 


Rezeki mommy juga nak merasa ikan segar tanpa bahan kimia ni. Dapat la sekeping ikan tenggiri. Besar la jugak.


Mommy goreng dengan garam dan kunyit sahaja. Kemudian masukkan bawang dan lada benggala.

Taraaa....

Ikan Tenggiri segar dari laut dalam
ikan tenggiri goreng

Sedap sangat ikan tenggiri segar ni. Makan dengan nasi panas-panas, Terima kasih daun keladi. Kalau dapat ikan boleh bagi kami lagi. Hihihi

1 comment:

  1. sedapnyaaa tengok pun dah tau sedap.. nampak isi tu fresh jee..

    ReplyDelete