Ingat lagi tak mommy kata 90% makanan proses adalah makanan tidak sihat? Baki 10% makanan sihat adalah makanan organik.
Makanan tak sihat ni punya tarikan sangat kuat dengan promosi di televisyen dan media sosial. Mampukah anda menangkis nafsu untuk tidak mengambil makanan tidak sihat? Hahahaha mommy gelak jela sebab mommy pon tak mampu.
Mommy memang tak sentuh langsung makanan tidak sihat sebab menyusukan Anis Insyirah yang ada ekzema suatu masa dahulu. Kemudian mengandungkan Amal mommy masih mengamalkan makanan sihat kerana tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada Amal.
Alhamdulillah, Amal tak ada ekzema. Bila Anis dah tak ada ekzema, kami pon mula makan makanan tidak sihat semula.
Nasi putih adalah dalam kategori tidak sihat tau. Sebab tak ada nutrisi dalam beras putih. Nak baik sikit makan beras perang. Tapi beras perang kena rendam semalaman sebelum masak. Nak baik sikit lagi beras basmathi. Mommy sekeluarga amalkan beras rebus yang mempunyai kadar penyerapan mineral 11 kali lebih baik dari beras perang. Beras yang mempunyai kadar penyerapan terbaik adalah beras rebus basmathi. Mahal sangat harganya dan beras rebus pon dah memadai untuk meningkatkan imun sistem tubuh kita. Lama tak membebel kan
Gula sangat tidak sihat kerana gula putih tu hanya toksik semata. Tiada khasiat. Bila kita ambil banyak gula, banyak la toksik terkumpul dalam badan kita. Tambahan pula gula yang digunakan untuk masakan, minuman dan makanan proses sudah pasti gula putih. Siapa nak guna gula organik yang mahal harganya melainkan makanan proses organik.
Jadi kesimpulan di sini, bila kita makan di luar, kita memang makan makanan yang tidak sihat. Melainkan korang order minuman tanpa gula seperti air kelapa muda dan jus buah-buahan.
Sebab tu stok air kelapa muda akan ada sentiasa untuk proses detox toksik dalam badan. Masa Anis ekzema dulu, hari-hari kami minum air kelapa.
Banyak lagi cara nak detox toksik dalam badan. Tapi entry ni kita detox dengan air kelapa sahaja. Siapa suka air kelapa muda angkat tangan?
Confirm ramai yang suka air kelapa muda. Mommy akan beli buah kelapa muda yang siap dipotong macam gambar di atas dan simpan dalam peti.
Kopek guna pisau biasa je. Sebab buah kelapa muda ke kan, jadi tak perlu guna parang ke apa. Cuma buat bukaan besar supaya dapat ambil isi buah kelapa. Tengok gambar je dah kecur liur.. Heee
Isi kelapa tu Adam dan Anis berebut-rebut makan. Mommy dah ngap dulu sebelum habis dek mereka. Hahahaa
Dah la sedap air kelapa muda diminum sejuk-sejuk. Baik pula untuk kesihatan. Jangan tambah gula tau!
betul tu mommy ira,air kelapa ni kalau minum macam tu pun boleh menggantikan tenaga yang ada juga
ReplyDeletedan kerap g bilik air...heee detox yg baik
DeletePehhh sedapnyaa air kelapa :)
ReplyDeletesejuk jeeee tekak..hahaa
DeleteSA suka air kelapa...nak -nak kelapa pandan...erm...bestnyaaaaaa,,,tp kalau makan ubat jangan sesekali minum air kelapa sebab ia akan buatkan ubat tu mati kesannya
ReplyDeletedah lama tak makan ubat...sbb mmg beruabat cara tradisional je sejak anis ekzema...heheee
Deletememang sedap air kelapa muda sejuk2... hehehehee.. isi buah kelapa pula lembut dan manis2..... arrgghhh...!! nak gi tanam pokok kelapa la plak... :p
ReplyDeleteair fav ummul ngn anak-anak..terliur sudahhh
ReplyDelete