Asalkan tak mati takpe la

Petang tadi, sedang mommy melayan Amal bermain di ruang tamu, dalam masa yang sama TV tengah ON cerita kartun. So mommy tertarik dengan dialog cerita kartun tu: "Hidup ini biar la mereka nak bergaduh ke apa. Asalkan tak mati takpe la". Mommy pon layan la kartun tu.

Kaasan Mom's Life (TV3) - Kartun Untuk Mommy

Tajuk kartun tu adalah Kaasan Mom's Life bermaksud kehidupan harian seorang ibu. Kartun ini menceritakan tentang dua orang ibu iaitu ibu A dan ibu B. Ibu A mempunyai 5 orang anak manakala ibu B mempunyai dua orang anak.


Kanak-kanak hanya tahu bermain kecuali apabila mereka tidur. Pantang buka mata je terus nak main. Di usia begini, anak-anak belajar melalui bermain dan apa yang mereka lihat.


Ibu A cool je walaupun anak ramai. Tapi, si ibu B ni itu tak boleh ini tak boleh.


Mereka pergi berkelah bersama-sama. Macam-macam la ibu B pesan.


Kalau korang tengok cerita ni, ibu B ni dalam kategori ibu yang garang lah. tengok jela mimik muka ibu B. Gerun kan? Hahaha tapi anak-anak tahu apa? Mereka tak hairan pon.


Dalam cerita ni, Ibu A panggil anak-anak dia dengan menggunakan recorder.


Terus anak-anak dia datang dekat. Perghh memang nampak teratur je.


Ibu B suka membebel. Sampai digelakkan dek anak-anak tu dan menyebabkan dia bertambah marah.


"Kalau marah, nanti jadi penat. Buang tenaga je.", kata ibu A kepada ibu B.

link

Bila anak-anak dah mula buat bising, ibu B akan buat sesuatu supaya anak-anak diam.


Bila anak-anak diam, dapat la mereka berehat.


Nobody perfect! Ibu A jadi berang bila karipap kegemarannya habis. Terus jadi hulk jadian.


Tapi, bila anak-anak dia minta maaf, terus cool semula.


Sebenarnya mommy tak pernah layan cerita kartun sungguh-sungguh. Mungkin la ada tengok macam tu je. Tapi ayat "Hidup ini biar la mereka nak bergaduh ke apa. Asalkan tak mati takpe la" memang makan dalam. Boleh di ambil iktibar untuk kehidupan seharian sebab mommy pon menghadap anak-anak 3 orang ni sepanjang masa. So mommy, be cool macam si ibu A tu. Dapat penat je bila marah-marah.

9 comments:

  1. Eheehehhe..kartun kdg2 dia mmg ada bg pengajaran irra..psl kasih syg slalunya..umul layam gk kartun dgn anak2...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasih sayang tu biasa. ni lain dari yg lain. macam mana nak hadapi anak2 yg sememangnya macam tu...

      Delete
  2. mcm best je kartun ni...tapi tak pernah tgk...sebab kat opis tak ada TV..hahaha

    ReplyDelete
  3. Bagusnya cerita ni, penuh pengajaran utk ibu2.. Better jadi ibu yang cool..

    ReplyDelete
  4. Macam best pulak citer ni... Rugi tak pernah tengok :)

    ReplyDelete