Amal Insyirah 7 months old

18-10-2015 lepas Amal cukup 7 bulan. Perkembangan Amal terkini; Amal dah ada satu gigi beberapa hari sebelum cukup 6 bulan. Amal 6 bulan ada gigi dua. Adam 7 bulan lebih baru ada gigi. Anis tak tahu mana nak cari record sebab semua dah bercampur dalam album instagram.

Jadi mommy nak kena upload semula gambar Amal mengikut bulan la macam ni. Senang nak cari gambar dan ikuti perkembangan bila tengok gambar kan.

Amal dah boleh duduk sendiri. Mula-mula ada la jatuh tersembam la. Tak pon jatuh terlentang terhantuk la kepala ke lantai. Kesian adik.

Amal nak pegang makanan sendiri. Sekarang Amal makan roti gardenia sebab Amal boleh pegang sendiri. Dulu Anis pon mommy bagi makan roti gardenia je. Alhamdulillah Amal pon pandai makan macam kakak dia.

Amal dah pandai minum air masak. Bagi Amal botol air, dia pegang botol dan minum sendiri. Tak payah mommy nak tolong pegangkan.

Amal boleh ikut mommy sampai ke dapur dengan walker. Tahu-tahu dah ada belakang mommy. Betapa khusyuknya mommy buat kerja sampai tak perasan kedatangan Amal. Pastu Amal suka tengok abang dan kakak riuh rendah mandi dalam bilik air.

baby Amal Insyirah 7 months old
baby Amal Insyirah 7 bulan

Amal dah boleh merangkak. Walaupon tak terror lagi, tapi Amal dah boleh pergi ke mana sahaja dia nak pergi.

link

Amal sekarang suka memanjat dan belajar berdiri. Amal susah nak tidur. Amal hanya akan tertidur apabila terlampau penat. 

4 comments: