Semut menyerang rumah mommy. Merata-rata ada semut. Rimas la mommy bila semut tu naik atas tempat tidur. Dengan anak-anak kecil yang makan tak sah tak tumpah. Semut pon lagi pantas dari mommy nak kebas makanan yang tumpah tu. Ini tak boleh jadi! Mommy minta daddyG belikan racun serangga dari Cosway kerana memang dah yakin dan pasti racun serangga Cosway dibuat dari bahan semulajadi. DaddyG beli spray serangga dan pencuci lantai.
Kenapa pula daddyG beli sekali pencuci lantai? Kata jurujual pencuci lantai boleh digunakan untuk membunuh hama di tilam. Spray ke tilam mengikut bancuhan yang sepatutnya dan vacum setelah kering. Hurmm jurujual tu memang bijak. Macam tahu-tahu je mommy kerja membasuh tilam akibat banjir yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.
Banjir? <--
klik untuk baca
|
Cosway Insect Spray and Floor Cleaner |
Apa itu Ecomax Insect Spray?
Ecomax Insect Spray atau Spray Serangga Semulajadi adalah formula semulajadi yang menggunakan minyak Eucalyptus penting untuk membunuh dan menghalau serangga dan pepijat yang dijumpai di dalam rumah dengan berkesan. Termasuk juga lipas, semut, hama, pepijat katil, kutu, labah-labah, dan lain-lain. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan keras, walaupun granit dan marmar. Ecomax Insect Spray berfungsi sebagai agen anti-bakteria untuk memastikan permukaan bersih dan selamat. Sesuai untuk digunakan pada tempat tidur, tempat haiwan peliharaan, beg, penyaman udara dan permukaan keras. Spray serangga ini 100% tiada racun serangga, racun perosak atau wangian sintetik.
Pencuci Lantai Power Max
Pencuci Lantai Power Max mempunyai tiga jenis iaitu
- Lavender; untuk menggilap
- Pine; untuk pembersihan Perlindungan
- Lemon; untuk menangkis Serangga
Fungsi pencuci lantai Power Max membersihkan cepat dan kuat untuk berkilat dan bersih. Ia juga merupakan agen mencegah dan menangkis kotoran untuk pembersihan lebih mudah pada masa akan datang. Ciri-ciri anti-bakteria pada pencuci lantai ini meninggalkan lantai bersih dan selamat. Pencuci lantai Power Max sesuai digunakan untuk semua jenis permukaan lantai.
Adakah anda tahu?
Kebanyakan racun serangga dan racun perosak yang direka untuk membunuh perosak, tetapi ada yang boleh membunuh manusia! Sebagai contoh, racun serangga biasa, Pyrethrins Boleh menyebabkan masalah pernafasan yang mengancam nyawa jika menarik nafas dalam!
Sekarang mommy dah senang hati kembali bila masalah semut ini dapat diselesaikan dengan mudah sekali. Yang penting selamat, bebas toksik dan mesra alam!