Perbezaan Gula Organik & Gula Putih

Mommy tak habis-habis la cakap pasal gula. Apaaa laaa mommy ni. Tak bosan ke?Niat di hati ni nak mengajak semua orang menjaga kesihatan. Sekarang ni budak-budak masuk sekolah dah kena diabetis. Ada yang kena sakit buah pinggang. Makanan yang kita makan tu semua diproses oleh buah pinggang. Kesian la buah pinggang kita asyik nak kena proses toksik je. Jom la kita belajar serba sedikit mengenai gula ni. 

Perbezaan Gula Organik & Gula Putih

Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya. 



Sekarang Anis dah 2 tahun 2 bulan, mommy masih menggunakan gula organik. 

Gula Organik
400g=RM3.75
1000g=1kg=RM9.375

Gula Putih
1kg=RM2.84

Mahalnya??? Kos sara hidup anak ekzema lagi mahal tau. Di tambah dengan stress pulak nak menghadap anak yang gatal setiap masa dan menggaru. Yang merasa je tahu bagaimana perasaan tu. Mommy dah tak sanggup nak mengulanginya lagi. Sebab tu mommy sanggup je berubah kepada bahan asas makanan yang mempunyai kandungan nutrien penting yang optimum untuk kesihatan badan:

Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom amalkan pemakanan sihat!


2 comments: