Apa itu ekzema?
Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih apabila immune system mereka stabil. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Sumber: SINI
Senarai gejala ekzema yang paling biasa dialami pesakit ekzema:
- keradangan kulit: pembengkakan permukaan kulit dan tisu asas
- kemerahan: disebabkan oleh luas permukaan saluran darah dalam kulit menjadi besar dan peningkatan aliran darah ke kawasan terjejas
- gatal-gatal: boleh berbeza-beza bagi setiap individu dan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan jangkitan.
- kering, kulit bersisik: bergantung kepada jenis kulit
- kulit pucat dan kehilangan pigmentasi: kerana kekurangan aliran darah yang disebabkan oleh kesan gangguan ekzema
- kulit keras tebal: masa ke masa kukit boleh menjadi tebah kerana menggaru berterusan. Kulit cuba untuk melindubgi dirinya dengan menghadilkan lebih keratin(protien pelindung yang kuat ditemui dalam sel-sel kulit).
Semua dalam senarai di atas dialami oleh Anis Insyirah dahulu. Ekzema adalah pengalaman ngeri buat mommy. Bagaimanakah untuk memastikan anak seterusnya tidak mengalami ekzema? Dan permulaan ekzema adalah ruam biasa sahaja. Apakah yang menyebabkan ruam menjadi ekzema? Bagaimana hendak mencegah ekzema? Jawapan semua ada dalam blog mommy. Kena godek-godek lah blog mommy.
Ekzema bukan penyakit membawa maut, tapi ia mimpi ngeri! Ekzema akan mengganggu aktiviti harian anda secara total!
Ekzema bukan penyakit membawa maut, tapi ia mimpi ngeri! |
Masa mommy buat entry ni, Adam tanya kenapa muka Amal merah.
Mommy: Ni bukan Amal. Ni Anis.
Adam: Kesian Anis.
Yang tengok merasa kesian, yang merasa? Yang nak kena menghadap? Mencegah lebih baik dari mengubati.
anis ke ni? irra tahu tak apa punca dia.. kecian sangat bby ni...
ReplyDeletekacang tanah
DeleteAllah. sedihnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteyg merasa lagi sedih
Deletealahai...kesiannya kalau ada baby kena macam ni ha...sure x selesa..harap2 anak2 akak nanti bebas ekzema ni...
ReplyDeletejaga mkn insyaAllah xde apa2
Deleteermm..dulu masa adik kecik kena gini jugak..
ReplyDeleteiye ke?
DeleteTakut tgk mesti sakit anis tuuu..ala kesiannya dia..tkut jugak ekzema ni kan..
ReplyDeletetgk pon seram
Deleteya allah...kita yg tengok ni pun dh rasa sakitnya ty
ReplyDelete