Beras kemetot sukar didapati

Mommy kat rumah makan beras rebus. Dah lama sangat tak beli beras putih.

beras rebus baik untuk kesihatan bukan beras orang sakit

Bagaimana rupa dan rasa beras rebus?
Saiznya lebih pendek. Kemetot-kemetot ja. Hahaa.. Dulu masa mula try makan nasi kemetot ni, daddyG kata rasa macam nasi ayam. Sekarang dah setahun lebih kami makan nasi beras rebus.

Beras rebus tidak melalui proses pengilatan. Warna nya keperangan. Akan ada bau yang agak kuat semasa menanak. Mungkin ada yang tidak menyukai rasa beras rebus ini boleh la masukkan sehelai daun pandan. 

Bau tu hanya akan ada masa awal-awal je. Dah lama, alah bisa tegar biasa. Rasa sedap je bau nasi beras rebus ni.

Kenapa perlu makan beras rebus? Sebab beras rebus mempunyai banyak khasiat. 88% zat nya masih kekal berbanding beras biasa.

Berikut merupakan khasiat beras rebus
1. Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.
2. Bila sudah kurang kanji@gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.
3. Boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Boleh diet guna beras ni.
4. Mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat.
5. Mengandungi Mineral Magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.
6. Menjaga jantung dan darah tinggi.
7. Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.
8. Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser.


Beras rebus Bombei di Tesco lebih mahal dari Giant. Nak murah beli di SAHARA Supermart, Seksyen 7, Shah Alam. 

Tapiiiiii.... Kalau tak kena nasib, beras Bombei habis..jadi mommy kena pastikan bekalan beras rebus sentiasa ada. 

Walaupon SAHARA tak ada stok, tak nak beli kat giant atau tesco. Kita kena berjimat jugak. Haha

Jom bertukar! Amalkan pemakanan harian yang sihat.

6 comments:

  1. Sha tak boleh amik laa beras rebus ni sebab ada kandungan fosfat... untuk Sha punya kes... memang kena elakkan fosfat... takut tulang bengkok dan mereput... sobs... Apapun info terbaik... teringat entry kak irra yang lepas... DaddyG kata beras rebus ni rasa macam nasi ayam.... haha

    ReplyDelete
  2. baru tau psl beras ni..huhuh..

    seallu tau beras perang je. len ea function?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain sgt. beras rebus lg byk byk byk beza dr beras perang

      Delete
  3. tu laa, nak try jugak apa rasanya. selalu makan berasa lagenda tuu

    ReplyDelete