Alhamdulillah. Mommy dapat sepasang anak saudara hari ini. EDD(estimated due date) kakak dan adik mommy tak sama. Tapi dua-dua bersalin hari ni. Boleh la dua-dua sepupu ni sambut hari lahir sekali. ^_^
Pagi 29 Ogos 2015, adik Nadiah turun tanda bersalin iaitu air ketuban pecah. Pagi tu juga emak kena cirit birit dan muntah-muntah. Emak masuk kecemasan dan adik masuk wad bersalin Hospital Baling. Disebabkan tiada bukaan, jam 1 tengahari adik di bawa ke Hospital Sungai Petani. Pukul 7 malam adik kena induce.
Lebih kurang 9 malam, kakak pula turun tanda nak bersalin.
Adik Nadiah pula terpaksa dimasukkan ke dewan bedah kerana jantung baby dah lemah. Bukaan baru 6cm.
Malam tadi mommy tidur tak lena. Teringatkan adik dan kakak. Hanya boleh doa dari jauh.
2:46 pagi adik Nadiah selamat melahirkan bayi lelaki.
Alhamdulillah. Sekarang mommy rasa macam nak balik kampung sangat sangat dah. Comel sangat anak-anak makcikkkkkk!
Tahniah buat kakak dan adik. Selamat berjaga malam. Buat adik Nadiah, selamat menempuh alam keibuan. Semoga cepat sembuh!
wah..tahniah2...ingatkan kembar td.tringin nk dpt ank kmbr
ReplyDeletetahniah irra..bestye ada ank saudara baru...
ReplyDelete