Pertama kali ke Zoo Negara Malaysia

Ini kali pertama Adam Anis dan Amal pergi Zoo Negara. Namun yang bersemangatnya adalah mommy. Sehari sebelum ke Zoo, mommy shopping baju yang dipakai oleh Anis dan Amal. Jadi, mommy Adam Anis dan Amal sedondon berwarna putih pada hari itu.

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia

Sampai je di pintu Masuk Zoo Negara, kami bergambar dahulu. Kemudian mommy pergi daftar kehadiran. KBBA Bloggers Day Zoo Negara ini di taja oleh Zoo Negara Malaysia, Cosmoderm, Food Panda dan Curve.


KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia

Selepas mendaftar, mommy apa lagi sambung bergambar la. 

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia
Amal dengan mama Erin(sebelum ni panggil ana:wife anazarin.com)

Semua orang geram dengan Amal Insyirah. Amal pon nampak macam dah besar sangat.

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia
"Ini mama Anil, mama angkat saya", Amal.

"Ini mama Anil, mama angkat saya", Amal.

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia

Kemudian bergambar beramai-ramai sebelum memasuki Zoo Negara. Event kali ini mengumpulkan seramai 50 orang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan keluarga. Meriah sangat!

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia

Destinasi pertama kami adalah Taman Rama-rama.

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia

Macam back to school. Mengetahui bagaimana rama-rama terhasil.

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia

Kempompong pecah pom! 

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia


Jadilah rama-rama yang cantik.

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia


Selepas itu kami di bawa berjalan-jalan melihat banyak lagi haiwan di Akuarium Tunku Abdul Rahman. Mommy banyak rekod je video haiwan-haiwan di sini. InsyaAllah ada masa mommy masukkan video ke blog.

Sebelum tengahari kami dihidangkan dengan persembahan dari haiwan-haiwan | Multi Animal Show. Persembahan yang sangat menghiburkan. 

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia
Amal dengan Mama Rara safurara.com

Di sini pon tak ada gambar nak tunjuk. Sebab mommy rekod je semua. Ada gambar baby Amal yang menjadi tumpuan pada hari itu. Hehe.

KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia
Amal dengan mummy Ida idabaharum.com

Masa tu juga lah Adam dan Anis dah meragam sebab lapar dan penat. Tak sempat habis tengok show. Lain kali kalau nak datang zoo, kena bawa kipas. Haha kesian anak-anak kepanasan. Alaaa kipas budak tu je..

Kemudian semua tunggu Tram Ride nak ke Wild Restaurant. Makan apa? Tuuuuu kat bawah tuuu...

Serius nak komen pasal makanan ni. Sedap! Ayam goreng sedap. Burger sedap. Makanan ini di taja oleh Food Panda. Terima kasih Food Panda.

Seterusnya kami ke Muzium Lebah. Sempat merasa sedikit madu kelulut. Madu kelulut baik untuk kesihatan dan lebah kelulut tak sengat kita tau.


KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia

Kali pertama mommy melihat lebah kelulut ni. Pengalaman baru melihat sendiri. Indah sungguh Ciptaan Tuhan ada kebaikan yang tersendiri. 


KBBA Bloggers Day Zoo Negara Malaysia

Seterusnya kami ke Giant Panda Conservation Centre. Tunggu next entry ya..

Sesekali luangkan masa dengan keluarga menikmati keindahan alam. Nikmat tak terkata walaupon penat.

Terima kasih kepada penaja: Zoo Negara Malaysia, Food Panda, Cosmoderm dan Curves kerana memberi peluang kepada kami.

4 comments: