Kalau tengah potong sayur, Amal yang tengah tidur boleh terjaga dan menangis macam orang sakit. Memang potong stim la nak masak sedap-sedap.
So mommy nak share petua memasak sayuran campur yang lazat dengan pantas dan menjimatkan masa.
Caranya adalah jika ada kelapangan potong sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak.
Kemudian masukkan ke dalam bekas mengikut kuantiti memasak satu hidangan.
Bila nak makan, hanya perlu panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan masukkan sayuran satu paket. Jangan lupa masukkan sedikit garam. Sila gunakan garam bukit kaler pink. Mommy tambah secubit gula organik. Siap!
Serius, sayur campur yang menggunakan minyak masak biasa sangat berbeza rasanya apabila menggunakan minyak zaitun. Begitu juga berbeza rasanya makan sayur campur yang baru di masak dan sudah lama di masak.
Plastik tu mommy beli di ikea. Harga pon berpatutan. Nak jimat lagi, boleh guna tupperware yang ada di dapur anda.
Mommy hanya tunggu daddyG balik ke rumah dan tukar giliran jaga baby Amal. Kemudian mommy boleh berketung ketang di dapur untuk menyiapkan makanan.
Sayur campuran yang segar dan lazat serta berkhasiat |
Sayuran: lobak merah, lada benggala hijau/merah/oren, cendawan, bawang besar, kacang buncis, sayur sawi, kubis, tomato.
Boleh masukkan bunga kubis, brokoli, kacang peach, dan sayuran lain yang anda suka.
Sayur campur ni dimakan bersama nasi atau meratah sahaja pon sangat sedap dan penuh khasiat. Krup krap. Yummy!
Betul tu ira...siapkan byk2 mcm ni sng keja...
ReplyDeletegood tips
ReplyDeleteyummy!umul suka sayur campur..segar2 lg sedap..rangup..
ReplyDeleteTak suka sayur. Hihihi
ReplyDeleteTak suka makan dengan nasi... ratah gitu je.... sha suka letak serbuk garlic.... Ya Allah... tengok sayur pagi2 pun rasa terliur... anyway nice tips kak ira... memang jimat space !
ReplyDeletewah..sedapnya sayur campur..i likee..good idea irra
ReplyDeletesuka sayur campur..mudah..boleh rasa semua jenis..tq sharing
ReplyDeleteWow mudahnya...
ReplyDeleteklu sy masak kompem 3 minit...hehehe
ReplyDeleteMemang selalu buat mcm ni cuma kdg2 nak sediakan mcm ni pun xsempat hihi..
ReplyDeletewah bagus ada tips ni irra
ReplyDeletesayur sedap mmg sedap...goreng sekejap..fuhh habis nasi sepinggan
ReplyDeletebanyak stok, boleh mudahkan kerja memasak.
ReplyDelete