Misteri 3 hari kehilangan kunci rumah |
Hari Sabtu, daddyG cari kunci satu rumah. Tak jumpa. Mommy tak nak cari kunci tu. Dengan puasa boleh mendatangkan amarah apabila kepenatan mencari kunci.
Kami masih boleh meninggalkan rumah dengan selamat kerana kunci pintu besi rumah ada.
Esoknya, Ahad daddyG cari lagi kunci rumah.
Cari...
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Tak jumpa juga.
Mommy pulak siap geledah plastik sampah. Mana la tahu anak-anak pergi letak dalam bakul sampah. Hampa. Tak ada.
Hari ini, Isnin. DaddyG kata "Kalau tak jumpa juga kunci, kita tinggal jela rumah dengan kunci grill dan pagar."
Lepas berbuka puasa dan solat magrib, baru lah mommy mula mencari kunci dengan lebih agresif. Kemas bilik tidur, tak ada.
Ruang tamu tak ada.
Tiba-tiba daddyG kata dalam ni kot. DaddyG pon buka dan. Taraaa
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Huwaaaaa... Mujur la daddyG terdetik nak buka tin biskut tu.
Ini pasti kerja Anis Insyirah!
hahaaha. memang puas la nak carik kalau gini..
ReplyDeletebijaknya anis
ReplyDeletemagik betul kunci tu...:)
ReplyDeleteHahahah. Dalam tin biskut
ReplyDeletehahaha.. ok lepas ni tin biskut tempat pertama yang dituju.. ;)
ReplyDeleteahhaha.. stategik tmpat tu
ReplyDeleteanak la ni main. kami pun sama macam tu. selalu hilang kunci. aduii
ReplyDelete