Hangatkan Cinta dengan Ambi Pur MoodTherapy


Dapatkan Mood Untuk Bercinta Dengan Ambi Pur MoodTherapy!

Penat seharian bekerja dan berhadapan dengan kesibukan jalan raya semasa pulang memberi mood negatif bagi pasangan yang bekerjaya.  Apabila masuk ke rumah yang diselubungi bau yang tidak menyenangkan seperti stoking kotor, bau masakan akan menyukarkan lagi pasangan mendapat mood bercinta. Dah la penat, nak melayan anak yang bermacam ragam lagi, pasti mood bercinta dah ke laut. Betul tak?

Harith Iskander dan Jezamine Lim Dr. dengan koleksi Ambi Pur MoodTherapy baru
Bersama koleksi Ambi Pur MoodTherapy baru



Tahukah anda Ambi Pur mempunyai koleksi terbaru? Rangkaian terbaru Ambi Pur MoodTherapy dicipta untuk menghangatkan semula asmara di rumah dan sangat sesuai bagi pasangan yang sibuk dengan menghilangkan bau yang tidak diingini dan membawakan kembali kesegaran cinta!


L-R: Martin Soong, P&G Brand Operations Manager for Malaysia & Singapore, Dr. Jezamine Lim, Harith Iskander, and Ms Joon Wong President of the Malaysian
Dari kiri: Martin Soong, P&G Brand Operations Manager for Malaysia & Singapore, Dr. Jezamine Lim, Harith Iskander, and Ms Joon Wong President of the Malaysian 

Joon Wong, Presiden Persatuan Pakar Aromaterapi Malaysia (MAPA) percaya bahawa wangian sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan.

“Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan,” kata Wong.

Wangian sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas memori – terutamanya memori di awal permulaan hubungan,” jelasnya.

Harith dan Jezamine berkongsi rahsia MoodTherapy peribadi mereka dengan penonton
Harith dan Jezamine berkongsi rahsia MoodTherapy peribadi mereka dengan penonton
Harith dan Dr. Jezamine menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan

"MoodTherapy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan asmara – yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini,” kata Dr. Jezamine.
  
“Seronok sekali dapat menghidupkan semula saat-saat indah bersama isteri saya. Ia membantu anda mengingati mengapa dan bagaimana anda jatuh cinta dengan pasangan. Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada,” kata Harith. 

“Begitu juga dengan bau busuk, anda tidak sedar bagaimana ia menjejaskan anda. Namun selepas anda menghilangkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah. Di rumah, kita sudah terbiasa dengan bau-bau yang tidak menyenangkan dan ini boleh menjejaskan kita tanpa disedari,” tambahnya.

Bau busuk boleh menjadi sangat tidak menyenangkan kepada seseorang. Ia perlu ditangani kerana boleh menjejaskan fikiran dan suasana tanpa disedari. Persekitaran yang harum boleh menggembirakan, menenangkan deria dan menaikkan mood.

Jom hangatkan cinta dengan  Ambi Pur MoodTherapy. Mommy dah cuba set Love's Bouquet yang sangat harum baunya. Dari ruang tamu sampai ke dapur pon bau wangi jer. Hilang semua bau yang tidak enak tu. Hati pon berbunga. Ya lah, wangian ni memang ada secret love story. Boleh tersenyum-senyum. Mula-mula macam tak percaya! Tapi apa pon, bagi pasangan yang sibuk. Sila cuba! Sungguh!

Ambi Pur MoodTherapy mencipta tiga mood untuk citarasa yang berbeza dengan varian Love’s Bouquet, Relax & Unwind, dan Splash of Revival. 

Love’s Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan. 
Ambi Pur MoodTherapy | Love’s Bouquet
Ambi Pur MoodTherapy | Love’s Bouquet

Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba.
Ambi Pur MoodTherapy | Relax & Unwind
Ambi Pur MoodTherapy | Relax & Unwind

Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin. 
Ambi Pur MoodTherapy | Splash of Revival
Ambi Pur MoodTherapy | Splash of Revival

Setiap varian ini boleh didapati dalam bentuk: 
Febreze Fabric Freshener (RM11.90)
Ambi Pur Set & Refresh (RM18.50)
Ambi Pur Air Effects (RM19.90)
Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90)


Mengenai Procter & Gamble:

P&G berkhidmat untuk hampir lima bilion pengguna di seluruh dunia melalui jenama-jenamanya. Syarikat ini mempunyai salah satu portfolio terkuat bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran termasuklah Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, Wella® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya.


28 comments:

  1. Nak kena try jugak ni...bau ambi pur mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..jom la try aami...yg perfume kete pon best

      Delete
  2. Memang wangi.. Dah beli warna merah... Suka baunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama...irra pon merah juga...bau wangi harum serumah

      Delete
  3. Bisa pakai yg redrose atau floral..lain tk try ag

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni lisa try yang moodtherapy pulak..

      Delete
  4. sangat sangat sangat suka dengan ambipur moodtheraphy nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau ambi pur ni mcm satu terapi gembira kan? Hehe bau yang menyenangkan dan membahagiakan

      Delete
  5. Replies
    1. Maisarah humaira jom la cuba..wangian mempunyai kuasa

      Delete
  6. semua sukaaaa... yang merah itu menarikkk..tapi terpandang purple jugak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat purple. Tapi kena try test dulu kaler merah. Mana tau jatuh hati

      Delete
  7. hallo hallo testing 1 2 3..

    best ambipur kita suka! dah ada satu kat uniten ni. lagi2 musim panas mmg bilik cepat berbau.

    ReplyDelete
  8. MEMG GUNE AMBI PURRRR, HEHE~
    BESTKAN, CEHH,HANGATKAN CINTA GTEWW

    ReplyDelete
  9. Dayana pun suka benda2 yang wangikan rumah hehe

    ReplyDelete
  10. kena try letak dekat keta ni...mana tau kehangatan cinta kembali di dalam keta...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah KG...heee teringat balik la zaman2 bercinta kannn

      Delete
  11. bau rumah mempengaruhi mood kita juga. balik dari kerja rumah bau macam-macam, badan dah la penat, ada bau plak..spoil la mood hari tu kan..

    ReplyDelete
  12. nak kena beli la before raya nanti.
    aida memang pakai ambipur :)
    maklum la, raya nanti org dtg ramai.
    mood rumah kena best and harum gitu...

    ReplyDelete
  13. Suka jugak dengan bau ambi pur :D

    ReplyDelete
  14. uish hangatkan cinta tu =) yang kaler ijau tu menarik la kalernya..
    hehe bau tatau lah kena ngan selera ke dak..

    ReplyDelete
  15. ambi pur mmg wangi . nama pon dah jadi benchmark.

    ReplyDelete
  16. bau Ambi Pur MoodTherapy | Love’s Bouquet sedap sangat..terasa kesegaran nya

    ReplyDelete