#Cabaran20Hari | Pengalaman Manis Bulan Puasa

#Cabaran20Hari Puasa/Raya pada #HariKeenam adalah #PengalamanManisBulanPuasa

#Cabaran20Hari | Erti puasa
#Cabaran20Hari | Pengalaman Manis di Bulan Puasa

Kenangan manis masa bujang, keluarga mommy buat moreh malam pertama. Jadi semua sanak saudara berkumpul masak bersama. Tapi sekarang tradisi itu tak ada lagi sebab anak-anak dah tinggal jauh. Maka makanan moreh ditempah sahaja.

Kenangan manis lagi, abang dan kakak bawa pergi beli baju raya. Kenangan yang tak akan berulang. Abang  kakak sekarang ada keluarga sendiri dan mommy pon ada sponsor sendiri(daddyG la haha).

Antara yang manis juga adalah sama-sama buat kuih raya. Huwaaa rindunya keluarga di kampung.

Setelah menjadi isteri:
2011 kenangan manis tunggu baby pertama dilahirkan
2012 kenangan manis sambut ramadhan dengan suami dan anak
2013 kenangan manis sambut ramadhan dengan dua anak
2014 kenangan manis tahu kewujudan baby Amal. Terkejut sebenarnya. Haha
2015 kenangan manis sambut ramadhan dengan suami dan 3 anak


Cabaran semakin mencabar apabila banyak perkara yang harus diselesaikan. Otak penat tak mampu berfikir jauh sehingga ketandusan idea. Namun mommy cuba sehabis baik menghabiskan #Cabaran20Hari ini.

5 comments:

  1. kan,byk kenangan yang takkan berulang...hnya tinggl dlm ingatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kita anak, sekarang kita mak
      dulu kita adik, sekarang kita makcik
      dulu kita dapat duit raya, sekarang kita nak kena bagi duit raya
      "surirumah xde duit raya tau " wuwuwuwuuuu

      Delete
  2. Alhamdulillah, banyak kenangan manis. Buat kuih Raya sama2 meriah betul kan :)

    ReplyDelete
  3. kenapa 2012 baru dapat berpuasa dengan suami?


    bestnya!! x sabar nak ada anak .. eh

    ReplyDelete
  4. bestnya dah jadi isteri n ibu.. hehe..
    nak ada anak gak... keh3..

    salam kenal, mommy. :)

    ReplyDelete