#Cabaran20Hari Puasa/Raya #HariKelapan #AmalanBerbalasJuadahBulanPuasa
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Amalan Berbalas Juadah Bulan Puasa |
Cerita pasal amalan berbalas juadah bulan puasa tahun 2015 tak wujud kerana jiran di kiri dan kanan tak ada. Sebelum jiran berpindah, jiran sebelah kiri adalah jiran Melayu dan jiran sebelah kanan adalah jiran berbangsa Cina.
Jiran Melayu, Makcik Mee tinggal bersama anak dan cucu-cucunya. Makcik Mee yang baik hati selalu memberi makanan kepada kami. Tapi mommy tak tukar dengan apa-apa memandangkan masa tu mommy masak yang simple sahaja kerana tengah sarat mengandung. Kalau bagi pon, makanan kering seperti keropok keping.
Sebelum kami berpindah ke Bandar Bukit Raja pula, jiran kami berbangsa india iaitu aunty Lela juga seorang jiran yang sangat baik dan prihatin. Cakap sahaja nak makan apa, dia akan buatkan. Jadi, amalan berbalas juadah tak ada sejak mommy berkahwin lagi.
Cerita zaman kanak-kanak pula, apabila dekat waktu berbuka, mak akan minta mommy irra hantar makanan kepada jiran. Jiran akan minta mommy irra tunggu untuk berikan semula bekas makanan dan berbalas juadah berbuka.
Berbalas juadah akan merapatkan talian persaudaraan antara jiran. Walaupon tidak berjiran lagi, kenangan bersama akan kekal selamanya. Bukan bulan puasa je nak bertukar juadah. Amalan murni ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
kite paling mengelat bile kena anta juadah ke rumah jiran..hoho
ReplyDeletehahaa..kita ikut jelaaa
Deletekalau saya. cabarannya. tak dapat berpuasa bersama family. haha
ReplyDeleteberpuasa dengan suami dan anak2 kira family lah. hehe
Deletehuhuhuhuuu..
ReplyDeletewalaupun juadah yang simple atau juadah yang dibeli, tapi nak juga tukar-tukar juadah sebab seronok lain macam... :)
jiran ummul cina..tpi dia rajin bg buah la..keropok la..tpi umul jrg bls..sbb slalu kalau nk bg pun kadang2 dia xmkn..
ReplyDeletesib baik jiran tetangga aida masih amalkan tukar juadah ni.
ReplyDeleteda 8 thn dok sama, kami da mcm famili :)
dari 1 juadah, jadi byk, sebab saling kongsi :)