#Cabaran20Hari | Aktiviti di Pagi Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya #HariKeduabelas #AktivitiDiPagiRaya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 

Aktiviti di pagi raya semasa bujang dan semasa kahwin sangat berbeza sekali. 

Aktiviti di pagi raya Masa bujang, kami adik beradik akan dibahagikan tugas. Seorang pasang langsir dan sapu sampah. Seorang lagi basuh baju raya dan sidai baju raya. Seorang lagi tolong mak memasak di dapur.

Aktiviti di pagi raya tahu lepas,  mommy ada anak dua. Pagi raya kena iron baju sendiri, suami dan anak-anak. Kemudian siapkan anak-anak. Sembahyang raya pon tak sempat pergi sebab anak-anak macam-macam ragam. Seorang menangis seorang menjerit. 

Daddy balik dari sembahyang raya, semua dapatkan daddy. Bergambar raya dan makan-makan. Kemudian layan orang datang beraya.


Tahun ni raya dengan Adam Anis Amal, tak tahu macam mana pagi raya. 


0 comments:

Post a Comment