Aku keguguran

Mommy keguguran

Mommy keguguran? Biar betul? Baby Amal kecil lagi kan? 


Amal baru pandai meniarap. Pantang letak dia terus meniarap. Adehhh please mommy, Amal kecil lagi tu. Tak planning ke? Sekarang Amal dah ada hobi baru. Dia suka menyembur air liur.


Keguguran rambut di usia anak 3 bulan

Rambut mommy mula keguguran sejak Amal berusia 3 bulan. Mommy keguguran rambut lah! Hahahaha.. Amal terlalu kecil untuk menjadi kakak. Mommy dah rasa penat yang amat kerana berkali-kali mencuci lantai, masih ada lagi rambut bertaburan.

Punca keguguran rambut selepas bersalin

Punca utama adalah perubahan hormon. Semasa hamil, hormon progesteron dan estrogen dalam badan sangat tinggi. Masa tu jarang ada masalah rambut gugur sebab hormon ini yang menyebabkan rambut kita berada dalam fasa pertumbuhan.

Sebab tu masa hamil, rambut nampak lebih berkilat dan bersinar. Ibu mengandung akan nampak lebih berseri-seri.

Lepas bersalin, hormon-hormon ini akan turun jadi normal. Sebab tu lah masalah rambut gugur berlaku terutama ketika anak umur tiga hingga 4 bulan.

link

Anak menyembur air liur punca rambut gugur?

Menurut kepercayaan orang tua, punca rambut kita gugur adalah kerana anak suka main air liur dan menyembur-nyemburkan air liurnya. Padahal masa ni lah anak mendapat pelajaran baru iaitu menyembur.

Mommy tak ada masalah bab rambut gugur. Secara semulajadi memang sekarang masanya rambut akan gugur. Ini juga merupakan keguguran teruk kali ketiga. Dah tiga anak kan. Haha. Mommy hanya perlu terus mengamalkan pemakanan holistik/sihat. Cuma mommy sedih sikit sebab di sana sini ada rambut. Adehhh. Puasa-puasa ni bertambah penat badan. 

Semoga cepat lah episod keguguran rambut ini berlalu.


20 comments:

  1. Urut dada baca entry ni...ingat baby amal nk jd kakak...mmg selalu mcm tu kan..lepas tu ok balik...

    ReplyDelete
  2. Hihihi. Tajuk saspen. Zassss ! Hai amal sayang :D

    ReplyDelete
  3. Hihihi. Tajuk saspen. Zassss ! Hai amal sayang :D

    ReplyDelete
  4. heheehhe..tau dah mummy saje buat suspen kn..

    ReplyDelete
  5. saspen tajuk..anak yong pun camtuelah masa umur 3 bln-5bln. skrg dah 9 bulan, ok skit la rambut yong. kalau tak penat nak menyapu lantai

    ReplyDelete
  6. pernah dgar jgak macam tu... tpi nnti ok la kan mama hehe..

    ReplyDelete
  7. hehe.ingtkn apa la tadi..sian amal... xdpt adik bru...ngeh2.. kak irra... kgguran truk ke?ley bawa kpd botak x?

    ReplyDelete
  8. lar..ingtkn apa la tadi..ahha..sian amal..sbr ya amal... air liur amal tu brsih..hehe...bab kguguran rmbut plak..ley smpai thp botak x?mhn njlsn..ahha

    ReplyDelete
  9. Hihi, terkejut Dayana mula2. Rupanya rambut ke, hmm baru tau, tq for sharing mommy

    ReplyDelete
  10. Waduh irra..terencat jap...pasal rambut ni normal..pengorbanan gak tu kan..

    ReplyDelete
  11. T_T keguguran sungguh ni, adoii ingat kan kenapa la, amal terlalu muda untuk jadi kakak..hehe

    ReplyDelete
  12. kami anak dah besaq pun masih keguguran lagi xrau nak pakai apa dah. segala bawang la tomato la pakai dah

    ReplyDelete
  13. Normal la tu kan.. Perubahan hormon... Nanti anak dah besar... Insha Allah ok..

    ReplyDelete
  14. Kussss semangat tajukk dia.. huhu

    ReplyDelete