Mommy baru ja plan nak cari baju tidur Amal. Baju Amal banyak dah senteng. Amal pon dah 4 bulan kan. Beberapa hari lepas, Poslaju datang cari Amal Insyirah. 


Parcel untuk Amal Insyirah yang pertama.  Bukan main seronok Amal dapat hadiah. Pengirimnya adalah ibu saudara Amal, Che Lah.


Alhamdulillah rezeki Amal dapat tiga helai baju tidur. Cantik pulak tu.


Jom posing untuk mommy. Tahu lah mommy saya nak masukkan gambar saya dalam blog. Hehe


"Ini untuk semua peminat saya". Amboiiii perasan eh ada peminat ni. 


Terima kasih Che Lah, Ayah Zul dan Aisyah Raihanna.
Walaupon mommy ni berada di rumah sahaja. Masa 24 jam tak cukup untuk mommy masak makanan segar yang sedap-sedap(makan panas-panas).

Kalau tengah potong sayur, Amal yang tengah tidur boleh terjaga dan menangis macam orang sakit. Memang potong stim la nak masak sedap-sedap.

So mommy nak share petua memasak sayuran campur yang lazat dengan pantas dan menjimatkan masa. 

Caranya adalah jika ada kelapangan potong sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak. 

Tips 5 minit memasak sayur campuran segar & lazat
Sayur campuran

Kemudian masukkan ke dalam bekas mengikut kuantiti memasak satu hidangan.

Tips 5 minit memasak sayur campuran segar & lazat
Sayura yang dipotong di simpan dalam plastik/jimat space dalam peti sejuk

Bila nak makan, hanya perlu panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan masukkan sayuran satu paket. Jangan lupa masukkan sedikit garam. Sila gunakan garam bukit kaler pink. Mommy tambah secubit gula organik. Siap!

Serius, sayur campur yang menggunakan minyak masak biasa sangat berbeza rasanya apabila menggunakan minyak zaitun. Begitu juga berbeza rasanya makan sayur campur yang baru di masak dan sudah lama di masak.

Plastik tu mommy beli di ikea. Harga pon berpatutan. Nak jimat lagi, boleh guna tupperware yang ada di dapur anda.

Mommy hanya tunggu daddyG balik ke rumah dan tukar giliran jaga baby Amal. Kemudian mommy boleh berketung ketang di dapur untuk menyiapkan makanan. 

Tips 5 minit memasak sayur campuran segar & lazat
Sayur campuran yang segar dan lazat serta berkhasiat

Sayuran: lobak merah, lada benggala hijau/merah/oren, cendawan, bawang besar, kacang buncis, sayur sawi, kubis, tomato. 

Boleh masukkan bunga kubis, brokoli, kacang peach, dan sayuran lain yang anda suka. 

Sayur campur ni dimakan bersama nasi atau meratah sahaja pon sangat sedap dan penuh khasiat. Krup krap. Yummy! 

Salam semua. Mood blogging mommy dah ke laut sejak kebelakangan ini. 13 jam perjalanan pulang beraya, berhimpit dalam kereta dengan anak-anak buat badan mommy sakit. Sakit tak sempat baik sampai ke hari ni. Kena cari tukang urut ni. 

Hari ni nak bercerita pasal knotted baby headband. Mommy irra ada jual headband baby ni tau. Boleh tengok-tengok di www.onlinestore.irrayyan.com 

Mommy suka tengok baby pakai headband ni. Comel sangat. So alang-alang bagi baby Amal melaram, mommy pon menjual dengan harga yang sangat berpatutan. 

Mommy pakaikan Amal headband antara sebab lain adalah orang suka tegur rambut Amal. Bila dah pakaikan headband, mereka tak tegur dah rambut Amal. Lega rasa. 


Sebenarnya dulu daddyG tak suka anaknya pakai headband. Sebab tu tak pakaikan Anis apa-apa jenis headband. Anis pula ada ekzema. Tak sempat nak melaram apa la sebab Anis hanya tahu gatal gatal dan gatal sahaja.


Bila dah besar si Anis dah tak nak pakai headband. Cuma bila Anis tengok Amal pakai headband, baru lah headbandnya melekat. Haha


Mommy anak dah tiga. Kalau mommy melaram, nampak over sangat lah kan. So mommy biar anak-anak yang melaram. Hehe 


Huwaaaa geramnya tengok si Amal ni buat muka. Mommy pon tak lepaskan peluang snap semua mimik muka baby. Supaya tak cepat rindu baby.


Gomol-gomol baby amal. Bau dia best sangat. Mommy tak ada pakaikan apa-apa losyen pon. Tapi bau dia subhanallah. Best tak tahu nak cakap macam mana.

Sepadan kan headband bird & owl dengan baju dan bib Amal. Adehhh geram sangat kat awak! Terlebih geeeeraammm juga kat abang dan kakak awak. Hehe


Hari balik dari beraya di kampung, kami singgah beraya dengan kak Nina Mirza. Alang-alang ambil kek coklat moist yang ditempah dengan kak nina, kita terus beraya. 

Nina Nirza Kelab Blogger Ben Ashaari
Nina Mirza | Kelab Blogger Ben Ashaari

Bila jumpa, bersembang tak reti nak break. Macam-macam isu parenting. Dah nama parenting blogger kan.


Akak nina siap jamu homemade spageti. 

Spageti Homemade Nina Mirza

Dah makan sembang lagi. Hihi. Biasa la org perempuan kan. Rasa tak cukup masa. Next time kita date lagi ya kak. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Bergunakah baby teether untuk bayi anda?

Baby teether
Baby teether

Amal tak reti nak pegang teether. Tak sampai seminit hilang dah teether. Mommy beli RM5.90 di Tesco.


Kalau mommy sua jari mommy, memang Amal akan gigit bersungguh-sungguh. 

Yang jadi habit Amal adalah makan(isap/gigit) tangan-tangannya. 

Suka sangat makan/isap tangan/jari

Sabar je la tengok. Nanti lama-lama dia akan berhenti makan tangan-tangannya. Sama macam abang dan kakak Amal. 

Dengar perkataan "organik" je. Orang dah kata mahal. Tak mampu nak beli.

Mommy beli sebotol mandian organik Moogoo Milk Wash untuk baby Amal tahan selama 4 bulan.


Sebelum perlaksanaan GST harga sebotol Moogoo Milk Wash ni RM53 setelah mendapat potongan 10% di VCare Farmasi.


Sekarang harga sebotol Moogoo Milk Wash adalah RM69. Harga macam mana sekalipon kami tetap beli sebab ia keperluan kami. 



Koleksi sampul duit raya. Banyak yang mommy dah guna semula. Jadi tinggal yang ini sahaja. Banyak tak dapat duit raya? Hahaha raya sebulan kan. Kena g kutip duit raya lagi. Hahahahaaa #selamathariraya #syukurselalu #kosongkosong #sampulduitraya #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup #irrayyandotcom


Teringin nak bawa anak-anak mandi di pantai yang bersih? Nak luangkan masa bersama anak-anak bermain pasir? Jom ke Port Dickson Blue Lagoon. 


Waze aje Blue Lagoon insyaAllah sampai la.


Mommy berangan nak mandi air laut kat Pantai Kuala Abang. Entah bila daddyG nak bawa lagi. Kalau kempunan sangat, kita ke Blue Lagoon jela. Dekat sikit.



Dapatkan Mood Untuk Bercinta Dengan Ambi Pur MoodTherapy!

Penat seharian bekerja dan berhadapan dengan kesibukan jalan raya semasa pulang memberi mood negatif bagi pasangan yang bekerjaya.  Apabila masuk ke rumah yang diselubungi bau yang tidak menyenangkan seperti stoking kotor, bau masakan akan menyukarkan lagi pasangan mendapat mood bercinta. Dah la penat, nak melayan anak yang bermacam ragam lagi, pasti mood bercinta dah ke laut. Betul tak?

Harith Iskander dan Jezamine Lim Dr. dengan koleksi Ambi Pur MoodTherapy baru
Bersama koleksi Ambi Pur MoodTherapy baru



Tahukah anda Ambi Pur mempunyai koleksi terbaru? Rangkaian terbaru Ambi Pur MoodTherapy dicipta untuk menghangatkan semula asmara di rumah dan sangat sesuai bagi pasangan yang sibuk dengan menghilangkan bau yang tidak diingini dan membawakan kembali kesegaran cinta!


L-R: Martin Soong, P&G Brand Operations Manager for Malaysia & Singapore, Dr. Jezamine Lim, Harith Iskander, and Ms Joon Wong President of the Malaysian
Dari kiri: Martin Soong, P&G Brand Operations Manager for Malaysia & Singapore, Dr. Jezamine Lim, Harith Iskander, and Ms Joon Wong President of the Malaysian 

Joon Wong, Presiden Persatuan Pakar Aromaterapi Malaysia (MAPA) percaya bahawa wangian sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan.

“Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan,” kata Wong.

Wangian sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas memori – terutamanya memori di awal permulaan hubungan,” jelasnya.

Harith dan Jezamine berkongsi rahsia MoodTherapy peribadi mereka dengan penonton
Harith dan Jezamine berkongsi rahsia MoodTherapy peribadi mereka dengan penonton
Harith dan Dr. Jezamine menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan

"MoodTherapy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan asmara – yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini,” kata Dr. Jezamine.
  
“Seronok sekali dapat menghidupkan semula saat-saat indah bersama isteri saya. Ia membantu anda mengingati mengapa dan bagaimana anda jatuh cinta dengan pasangan. Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada,” kata Harith. 

“Begitu juga dengan bau busuk, anda tidak sedar bagaimana ia menjejaskan anda. Namun selepas anda menghilangkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah. Di rumah, kita sudah terbiasa dengan bau-bau yang tidak menyenangkan dan ini boleh menjejaskan kita tanpa disedari,” tambahnya.

Bau busuk boleh menjadi sangat tidak menyenangkan kepada seseorang. Ia perlu ditangani kerana boleh menjejaskan fikiran dan suasana tanpa disedari. Persekitaran yang harum boleh menggembirakan, menenangkan deria dan menaikkan mood.

Jom hangatkan cinta dengan  Ambi Pur MoodTherapy. Mommy dah cuba set Love's Bouquet yang sangat harum baunya. Dari ruang tamu sampai ke dapur pon bau wangi jer. Hilang semua bau yang tidak enak tu. Hati pon berbunga. Ya lah, wangian ni memang ada secret love story. Boleh tersenyum-senyum. Mula-mula macam tak percaya! Tapi apa pon, bagi pasangan yang sibuk. Sila cuba! Sungguh!

Ambi Pur MoodTherapy mencipta tiga mood untuk citarasa yang berbeza dengan varian Love’s Bouquet, Relax & Unwind, dan Splash of Revival. 

Love’s Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan. 
Ambi Pur MoodTherapy | Love’s Bouquet
Ambi Pur MoodTherapy | Love’s Bouquet

Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba.
Ambi Pur MoodTherapy | Relax & Unwind
Ambi Pur MoodTherapy | Relax & Unwind

Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin. 
Ambi Pur MoodTherapy | Splash of Revival
Ambi Pur MoodTherapy | Splash of Revival

Setiap varian ini boleh didapati dalam bentuk: 
Febreze Fabric Freshener (RM11.90)
Ambi Pur Set & Refresh (RM18.50)
Ambi Pur Air Effects (RM19.90)
Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90)


Mengenai Procter & Gamble:

P&G berkhidmat untuk hampir lima bilion pengguna di seluruh dunia melalui jenama-jenamanya. Syarikat ini mempunyai salah satu portfolio terkuat bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran termasuklah Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, Wella® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya.


Raya pertama tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Jika raya tak jatuh pada hari Jumaat pon, pada hari raya pertama di Kelantan kami akan beraya di Bachok, rumah keluarga ayah mentua yang kini di duduki oleh Moksu. 

Yang lelaki sembahyang Jumaat di masjid sebelah rumah Moksu. Mommy sembahyang dalam bilik Moksu.

Lepas sembahyang, mommy makeup semula dalam cahaya samar-samar. 

Bila keluar bergambar, hasilnya seperti gambar di bawah. Adehhh buruknya gambar muka mommy puteh selepuk. Ada gambar yang dah dipadam.


Rupanya mommy tak pasang lampu dalam bilik Moksu tadi. Itu yang tertempek foundation tebal bukan main.


Malunyaaaaaa (nyorok bawah meja padahal dah tayang gambar)



Mommy tempah kek coklat moist di saat-saat akhir dengan kak nina. Tempah dua biji kek coklat moist.


Mommy Adam dan Anis hantu coklat.


2 biji kek coklat moist ni habis dalam masa 2 hari. 


Bukan selalu makan kek. Hehehe punya la sedap. Tak sempat dah bagi orang merasa.

Kalau nak rasa jugak jom order dengan kak nina. Memang tak rugi! Sedap giler!

Selfie gwiyomi bermula apabila mommy denda efgiers yang tak dapat buat 30 entri bulan jun. 

Kemudian sapa yang tak nyanyi lagu raya pon kena selfie gwiyomi juga. Tapi.....yang dah nyanyi pon buat selfie gwiyomi juga. Sporting habis!

Www.amysyeera.com
www.amysyeera.com

Comel. Mommy wakilkan anakanda Adam Rayyan bergwiyomi.

Adam Rayyan bergwiyomi
Arghhhh EFGiers sporting giler upload gambar selfie gwioyomi masing-masing di instagram. Mommy nak join jugak!

Amboiii mommy sakannn..muahahaa

Alololooo mak budak ni pon ngada-ngada nak gwiyomi. Kawai.


Bergwiyomi dengan adik ipar.

Kenapa mommy muka puteh selepuk tu??

Muka mommy putih selepuk di hari raya. Ada cerita disebaliknya. Nanti mommy share next entry. Hahaha jangan gelak deh

Dah tenyeh2 buang foundation pon still pelik muka. Tapi boleh bergambar lagi? Hahahaaa dah hantu bergambar. 

Jadi seronok pulak nak berselfie gwiyomi. Hahahaa

Sekarang dah tak perlu pakai foundation tebal-tebal dah. Apa rahsianya??

Oh nom nom nom.. Yummy


4 months old vs 2 months old


Macam sama besar je kan? Masa lahir Amal 3.31kg , Aisyah 4.01kg


Selamat hari raya!


Dari kami.. ^_____^

Ini merupakan raya pertama Amal.


Sedondon kaler dengan mommy.

Sedondon kaler dengan daddy. Haha sedondon sefamily sebenarnya.


Raya ketiga Anis dan raya keempat Adam. 


Tiga permata hati mommy daddy yang comel!



Nk sahut cabaran 24 jam tanpa internet di hari raya pertama. Mampu ke? Bukan selalu nak jumpa sanak saudara. Kalau jumpa tahun depan pun, semua dah membesar. Apa yang jadi esok takkan berulang lagi. Jadikan 1 syawal memori indah bersama keluarga tercinta. #selamathariraya #kosongkosong #syukurselalu #irrayyandotcom #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup #efgkbba

CABARAN 24 JAM TANPA INTERNET

Masa : 00:00 am 17/7/15 - 00:00 18/7/15

Raya pertama bersama keluarga, katakan NO kepada

💎Whatsapp
💎Telegram
💎Instagram
💎Fb
💎Twitter
💎Blog
💎Dan seangkatan dengannya

So kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya, sila mesej atau telifon direct ke no yang sedia ada 😄😄 kerana saya ingin menyahut cabaran 24 jam tanpa internet.

P/s : Sila off data dan wifi anda yer 😉😉




#Cabaran20Hari Puasa/Raya #HariKeduabelas #KuihRayaPilihanHati

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 

Ini merupakan kuih raya pilihan tahun lepas. Hehehe

Tart nenas

Conflakes Gajus

Royal oat

Coklat duluxe

Tart epal

Semperit gold

Almond london

Semua sedap-sedap. Tapi mommy bukan boleh makan banyak-banyak pon. Kesihatan baby diutamakan. Raya 2014 mommy preggy baby Amal.