petua tanak/masak nasi |
Mommy Irra nak berkongsi petua tanak/masak nasi.
Basuh beras 3x
-Bilasan pertama baca al-Fatihah
-Bilasan kedua baca al-Inshirah
-Bilasan ke3-selawat
Dulu-dulu tiap kali masak nasi mesti mak ingatkan tentang bacaan ayat-ayat ni. Patuh pada arahan seorang ibu. Tanpa bertanya sebab dan asbab sehingga kini menjadi amalan harian. Pandangan peribadi mommy Irra, setiap butir bicara kita adalah doa. Lebih-lebih lagi doa ibu adalah doa yang mustajab. Mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga bukan hanya ketika selepas solat.
Mari kita sama-sama selami dan fahami satu persatu terjemahan ayat-ayat dalam surah al-Fatihah dan al-Inshirah
1. Al-Fatihah
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
94. Al-Inshirah
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Doa ini untuk melembutkan hati sendiri, suami dan anak. Doa-doa ini kena selalu-selalu baca supaya jadi amalan harian.
Mari kita sama-sama amalkan.
with love,
Mommy Irra
irrayyan.com
HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D
ReplyDeleteselamat bercuti syira
Deletetq iira ats sharing..nk amalkan la lps ni :)
ReplyDeletemari amalkan :D
Deletegood sharing dear
ReplyDeletenice info kan :D
Deletegood sharing irra..insyallah akn amalkan
ReplyDeleteyeah mari kita amalkan :D
Deleteohh umi kc ajar baca ayat pengikat hati ehhehe
ReplyDelete