Pertama kali berpuasa & iftar anak tiga

Puasa & Iftar Ramadhan 2015 / 1436 H

Semalam hari pertama puasa Ramadhan 2015 / 1436 H.

Semalam puasa pertama mommy bersama 3 anak mommy; Adam Anis Amal.

Semalam berbuka puasa pertama mommy bersama mereka.

Pengalaman berpuasa hari pertama

Selalu puasa hari pertama mesti lemau. Alhamdulillah, berbeza sangat kali ini. Masih bertenaga nak buat kerja rumah dan menjaga 3 buah hati mommy.

Mommy layan je mereka sarapan pagi, main, mandi, makan tengahari dan paling bahagia berjaya menidurkan mereka bertiga. Mommy pon join tidur sekali. Hihi.

DaddyG balik, take over jaga Amal Insyirah dan mommy mula memasak 6.30 petang.

Sudah la lambat masak, boleh pula mug jatuh berderai ke lantai. Nak mencuci mug tu sahaja dah ambil masa.

Waktu berbuka masuk, mommy dan daddyG berbuka dengan buah kurma. Sementara nak menunggu nasi masak lagi 10minit, kami #iftar #minumjuicepran

Iftar Minum Juice Pran Apple

Jadinya kami berbuka puasa pertama bersama Pran Juice Apple. DaddyG beli di Tesco Shah Alam.

Puasa & Iftar Ramadhan 2015 / 1436 H bersama Jus Epal Pran
Iftar Ramadhan 2015 / 1436 H bersama Apple Juice Pran

Air epal jus Pran ni tak terlalu manis. Sedap minum macam tu je. Selalu-selalu kalau mommy beli jus nak kena tambah air kosong. Wahhh sekali cuba  #minumjuicepran terus jatuh cinta!

Puasa & Iftar Ramadhan 2015 / 1436 H bersama Jus Epal Pran
Iftar Ramadhan 2015 / 1436 H bersama Jus Epal Pran

Elok semua dah minum jus epal, nasi pon masak. Mommy makan apa?


Menu Ringkas Berbuka Puasa

Puasa & Iftar Ramadhan 2015 / 1436 H bersama kari kepala ikan
Iftar Ramadhan 2015 / 1436 H bersama kari kepala ikan

5 comments:

  1. alhamdulillahhh...dapat menyempurnakan hari pertama puasa dgn anak2...
    salam ramadhan sis,,,singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  2. terliur tengok kari kepala ikan tu

    ReplyDelete
  3. tergugat iman tengok air ni..huhu sabor2 puasa dayah T_T

    ReplyDelete
  4. seronok tgk anak ramai2 kan..meriah je..

    ReplyDelete
  5. garang tengok ikan tu, siap tunjuk gigi lagi..hehe

    ReplyDelete