Majlis Buka Puasa Mahsuri di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan
Malaysia, 20 Jun 2015 – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, lapan pemenang Minggu Pertama dan Kedua pertandingan Masak dan Menang anjuran Mahsuri menyertai majlis berbuka puasa di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan di Petaling Jaya.
Kanak-kanak Pusat Jagaan Rumah Kesayangan menanti Van Bergerak Mahsuri |
Penghuni rumah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri.
Juadah Berbuka Puasa | Nasi Ambeng
Kanak-kanak terbabit turut dihiburkan dengan persembahan badut selain menyertai permainan seperti Musical Chair, Ballon Pop dan Mencari Harta Karun Mahsuri di mana pemenang turut menerima hadiah dan hamper.
“Ketawa kanak-kanak itu bagaikan irama di telinga kita. Kita amat bersyukur kerana selama ini banyak yang kita abaikan dalam kehidupan harian. Menghabiskan masa kualiti bersama mereka dan berkongsi pengalaman buka puasa amat bermakna kepada kami dan kanak-kanak terbabit.
“Sebagai jenama pilihan Melayu yang menghargai ajaran Islam, kami sentiasa berusaha untuk berbakti kepada masyarakat terutama sempena bulan Ramadan ini,” kata Pengarah Pemasaran Mahsuri, Carmen Liew.
“Ia adalah pengalaman terbaik kepada kami untuk mengingatkan kegembiraan dan apa yang kita ada bukan hanya dalam bentuk material. Lihat saja kegembiraan mereka dengan semua permainan dan persembahan badut. Saya rasa mereka amat menghargai kehadiran kami dan melalui kegembiraan ini bersama kami. Bagi saya membuatkan kanak-kanak ini gembira adalah 'hadiah' paling besar daripada apa yang diterima dalam pertandingan ini,” kata pemenang pertandingan minggu pertama, Hidayat Bin Masduki.
Sejumlah 24 pemenang yang meraih RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka menggunakan produk Mahsuri akan melawat empat rumah kebajikan bersama kakitangan Mahsuri sepanjang tempoh pertandingan.
Antaranya adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (20 Jun), Rumah Kebajikan Baitul Hidayah (27 Jun), Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (4 Julai) dan Rumah Nur Sakinah (11 Julai).
Pertandingan Masak dan Menang bermula 28 Mei hingga 8 Julai 2015 ini mengundang orang ramai berkongsi hidangan Buka Puasa ciptaan mereka sendiri yang menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri dengan hashtag #MyMahsuri #Manis / #Pedas / #Tiram / #Ayam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook.com/MyMahsuri
Sesi Bergambar Bersama Pemenang Masak dan Menang
L to R Jane Cheng (Regional Trade Marketing Manager of Mahsuri) with Mohd Rafiq bin Ismail (Mahsuri “Masak & Menang Contest” Week 1 Winner) |
L to R: Jane Cheng (Regional Trade Marketing Manager of Mahsuri) with Hidayat bin Masduki (Mahsuri “Masak & Menang Contest” Week 1 Winner) |
Pemenang Minggu Pertama:
1. Hidayat Bin Masduki
2. Dayang Bt Darus
3. Mohd Rafiq Bin Ismail
4. Nurul Baizura Binti Basrudin
Pemenang Minggu Kedua:
1. Mas Aini Bte Mahat
2. Siti Noorfarawahidatun Binti Lela
3. Muhammad Naim Bin Ahmad Safian
Susah nak cari kicap ni.. Ingat nak cuba juga kicap ni..
ReplyDeletehehe kena cari sampai jumpa lah.. :)
Deletesaya pun tak pernah jumpa lagi *bajet selalu beli barang dapur hehehe
Deletemacam nak cuba jer kicap ni...
ReplyDeletesila sila farah :)
Deletememang sedap
rasalah. tak rugi mencuba :D
Deleteterliur nasi ambeng tu..
ReplyDeletekita pestime makan nasi ambeng :D
Deletenampak sedap sgt haih
Deletemahsuri yang kite guna kat rumah is sos tiram..heee
ReplyDeleteeh amboihh sedapnya nasi ambenggggg..terliuq dah ni..
bestnya semua pemenang dapat hdiah..congratssssss para pemenang!!
boleh masuk bertanding jugak..hadiah lumayan
Deleteklau pandai masak best lah ehhehe
DeleteSedapnya nasi ambengg....!! lama tak makan nasi ambengg.. kena orang jawa original masak baru perrrggghhhh... hehehehee... :)
ReplyDeletesiapakah orang jawa original itu? akk ain kah? kihkih
Deletewah ! nasi ambeng mmg sedap tu
ReplyDeletepernah sekali je rasa nasi ambeng hehe mmg sedap
Deletewah nasi ambeng sedap!
ReplyDelete