#Cabaran20Hari Puasa/Raya pada #HariPertama adalah #ApaErtiPuasaBagiAnda
Fuhh macam nak menjawab soalan peperiksaan. Bila idea datang je mommy diduga dengan ragam comel anak-anak sehingga hilang idea. Tak apa, janji #Cabaran20Hari dapat diselesaikan.
Apa erti puasa?
Erti puasa dari sudut bahasa adalah menahan dari sesuatu.
Erti puasa dari sudut syar'i adalah menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perkara yang membatalkan puasa disertai niat dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Erti puasa bagi mommy irra:
Erti Puasa Zaman sekolah
Puasa kena bangkit soq dan berbuka. Tiap kali puasa abah akan kejut sahur. Kadang-kadang tu dengan selimut selubung bangun ke dapur. Basuh tangan dan makan. Kemudian tunggu la waktu berbuka. Lepas berbuka KENA bersiap-siap ikut mak abah ke masjid untuk terawih. Hehee.
Bila puasa, pasti berebut pilih baju raya. Bila nak raya pasti sibuk bantu mak dan kakak buat kuih raya.
Erti Puasa Zaman Kolej
Puasa ni lah masa kita nak sucikan hati. Sebagai manusia biasa kita tak lari dari melakukan kesilapan. Puasa mendidik rasa kasih mendalam antara kita dengan Pencipta. Juga mendidik rasa kasih dengan ibu bapa. Buat pertama kali tak dapat berpuasa dengan mak dan abah.
Setiap petang berkumpul untuk masak bersama dan berbuka beramai-ramai di masjid. Kemudian solat terawih bersama-sama. Puasa merapatkan ukhuwah dengan kawan-kawan pada masa itu.
Pada masa ini juga lah pertama kali merasa seronok nak pulang beraya ke kampung. Sebelum ni tak merasa nak beraya di kampung sebab tak ada kampung. Haha
Erti Puasa Zaman Universiti
Puasa bukan sahaja mendidik kita menjadi seorang penyabar, malah mendidik kita berjimat cermat dalam menguruskan kewangan. Makanan di bazzar Ramadhan yang menggiurkan dan menggugat nafsu puasa kena pandang sebelah mata sahaja.
Erti Puasa Zaman Punya Suami
Saya lah orang yang kena bangun pagi buatkan sahur. Dulu-dulu jadi tukang makan je. Hehe. Puasa mengajar saya menghargai pengorbanan seorang ibu.
Bila dah ada dua kampung, puasa mengajar saya menjadi seorang yang bertolak ansur dan memahami. Tahun ini beraya di kampung suami. Tahun lepas pon beraya di kampung suami.
Bila puasa ingat raya! Hahaha tak gitu semua. Tapi jangan lupa lipat gandakan amalan di bulan mulia ni.
Done #Cabaran20Hari #HariPertama
bagus kalau boleh bertolak ansur, kadang hari bahagia nilah punca perbalahan suami isteri sebab nak beraya sebelah mana dulu.
ReplyDeletebetul tu pcl.,tolak ansur tu penting
Deletepcl pernah kena ke hehee
Deletehaa betul setiap peringkat umur tak sama pengalamannya kan... kalau dulu mak yg masak.. skearang giliran kita pulak maska utk anak anak...
ReplyDeletesetuju tu
Deletemaska.kihkih
Deletepusing pusing. nnti anis buat entry mcm ni jugak . anis duk tempat k.irra pulak, kne masak dekat somi.
ReplyDeletezaman u la paling mencabar sbb kena berjimat cermat
Deleteperghhh jauh betul pikir leyla hahaa
Deletepuasa dari segala segi..lengkap!
ReplyDeleteinshaaaAllah! :D
Deletejangan lah pandai sebelah mata je hahaha
ReplyDelete