|
27 Jun 2015 | Anis turn 2 |
Dua tahun lepas, 26 jun 2013, mommy daddyG dan Adam Rayyan sedang baring-baring bersedia untuk tidur, tiba-tiba "pop" air ketuban pecah tepat jam 12 tengah malam. 0000 27 Jun 2013 betul-betul tarikh EDD (estimated delivery date). Baby genap 40 minggu.
Ini merupakan pengalaman bersalin yang kedua, mommy daddyG steady ja. Pelan-pelan mommy siapkan barang Adam Rayyan nak hantar kat Acu Nadiah. Barang-barang mommy dan baby dah sedia ada dalam kereta. Kami hantar Adam Rayyan di Seksyen 7 Shah Alam. Kemudian bergerak ke hospital Serdang.
Air ketuban keluar non-stop. Dalam kereta daddyG lapik comforter tebal-tebal. Oi dia sayang kereta dia...comforter boleh hantar dobi.. Sambil baring mommy sumbat(hahahaa) roti dalam mulut. Kena paksa makan untuk bagi tenaga.
Pengalaman pertama dulu buat mommy prepare banyak perkara. Sementara tak sakit, makan walaupon tak rasa lapar. Bila dah sakit, apa pon tak boleh dilayan.
Perjalanan dari Shah Alam ke Hospital Serdang mengambil masa 30 minit. Sebab dah malam, cepat je sampai ke bahagian BERSALIN. Lebih kurang pukul 1 pagi. Masa ni mommy tak sakit lagi.
Nurse tanya "Awak tinggal kat mana?"
"Shah Alam" aku jawab.
"Kenapa datang sini?" amboi garang pulak nurse ni.
"Last week saya dah admitted kat sini", then nurse tu pon diam.
Last week mommy kena tahan wad sebab cirit birit selama seminggu. Mommy bermalam di hospital selama 2 malam.
Nurse buat VE(vaginal examination), bukaan baru 2cm. Lepas VE baru mula terasa sakit. Aku pulak asyik rasa nak buang air je. Aku berulang alik ke bilik air then stop sekejap sebab sakit.
Doktor yang on duty malam tu tanya "Kenapa puan?"
"Sakit" aku jawab sambil senyum sebab doktor tu pon senyum-senyum. Doktor manis camni, kita sakit pon boleh tersenyum.
Doktor nak masukkan aku ke wad. Doktor suruh aku duduk dulu. Aku nak duduk pon tak boleh. Sakit. Doktor suh baring atas katil tadi. Dah baring nak buang air pulak, turun semula ke bilik air.
Aku fail bab kira contraction. Bila nurse tanya contraction berapa minit? Erkk maaf nurse.. Nurse tu pon, "ok, tak apa puan"
Tiba-tiba rasa dahaga pulak. Aku cakap dengan nurse nak ambil pad ngan husband. Alasan je la kan. Hehee. Nurse tu bagi. Aku pon gagah la badan jalan slow-slow pergi kat daddyG. Minum air sikit. Pastu amik hp. Haha cilok-cilok bawa masuk hp.
Pastu masuk semula ke dalam, perlahan-lahan. Kali ni nak naik katil pon tak berdaya dah. Nurse lalu kat katil.
"Kenapa awak tak duduk atas katil?"
"Sakit nurse, tak boleh nak naik"
"Awak berdiri macam ni, baby boleh jatuh atas lantai nanti" bebel nurse tu sambil tolong aku naik atas katil. Buat VE lagi sekali, 5cm.
"Nurse, suami saya tak boleh masuk ke?"
"Dalam dewan bersalin nanti kami panggil"
Aku sms daddyG. "Bukaan dah 5cm".
Nurse tadi kata "Kita masuk dewan bersalin". Aik. Tadi kata bukaan 8cm baru masuk dewan bersalin. Sakit kali ni sakit-sakit pon aku mampu lagi nak berSMS. Masa bersalin kat Adam, handphone aku tak pandang.
Nurse-nurse tolak aku ke dewan bersalin. Tak berapa lama daddyG pon datang. Jam kat dinding pukul 3.55 pagi.
Dalam aku menahan sakit daddyG tanya "Dulu beranak adam sakit macam ni ke?"
Aku jawab apa eh? Aku ingat soalan tu tapi tak ingat aku jawab apa. Lagi pon tengah sakit kot.
Jarum kat tangan aku ni pulak dah lari. Nampak bengkak. Kalau biar lama boleh bengkak teruk. Ya la ada pengalaman minggu lepas masuk air sampai 6 botol.
Aku pon tekan loceng. Nurse yang masuk dua org. Yang sorg cek jarum kat tangan aku. Sorang lagi kata "eh adik jalan dah buka ni"
Hahahaha lawak kan, aku pon tak sedar nak beranak dah. Baru tadi ja 5cm, tup tup dah 10cm. Dok kalut sakit jarum kat tangan. Pastu nurse suruh push, daddyG pon dah rupa macam doktor. Sekali push keluar kepala baby, push kali kedua keluar habis semua.
Tepat jam 4:30 pagi 27 Jun 2013 lahirlah puteri pertama kami. Baby diletakkan atas perutku. Nangis-nangis baby.
"Mommy ada ni sayang, jangan nangis".
Alhamdulillah. Allah permudahkan uruskanku. Kat mulut aku sepanjang sakit terkumat kamit doa nabi Yunus.
Lama jugak la baby atas dada aku. Pastu nurse bawa baby keluar. DaddyG pon kena keluar.
Settle jahitan, aku rest. Nurse bawa masuk baby.
"Anak pertama awak berat berapa ye?"
"2.88kg"
"Ok, yang ni 3.67kg"
Terkejut aku. Wow. Baby pon dah pandai menyusu.
Dah settle semua naik wad. Malam tu jugak jam 8 boleh balik rumah.
Semua penghuni dalam bilik tu terkejut. Dah la baby bambam. Terus balik tanpa perlu bermalam.
Hari ni 29 Jun 2015, sepatutnya mommy up entry ni 27 Jun 2015, Anis genap 2 tahun.
|
27 Jun 2015 | Anis turn 2 |
Nak membesarkan Anis yang ada ekzema sangat mencabar. Ekzema anis bukan yang biasa-biasa. Mommy berhadapan dengan anak yang luka berdarah, berair bisa dan gatal sepanjang masa.
Alhamdulillah, kini ekzema hanya tinggal ruam akibat peluh dan kulit menjadi kemerahan kerana terkena processed food.
|
27 Jun 2015 | Anis turn 2 |