Sepetang bersama ciksu di taman permainan


Hampir 3 minggu ciksu di sini, hari ini ciksu nak bawa Adam dan Anis keluar jalan-jalan. Kalau tidak, semua lepak dalam rumah sahaja. 


Anak-anak seronok tak terkata bila dapat keluar rumah. Mereka nak keluar bermain di luar tapi mereka sangat memahami keadaan mommy. Terima kasih anak-anak kerana sangat memahami.


Sepetang hari ini mereka bermain di taman permainan. Tengok lah wajah gembira anak-anak. 


Terima kasih ciksu melayan Adam dan Anis.


Weekend ni ciksu layan korang mandi pool pulak ye. 


Adik Amal pon dah sihat dah. Lepas ni mommy boleh bawa ketiga-tiga pergi taman. Hahaha macam mana tu?


Kalau dulu anak-anak sedara 7 orang mommy boleh bawa ke taman. Senang nak kawal. Harapnya anak-anak bertuah mommy pon bagi kerjasama kat mommy. Kalau tak bagi kerjasama, mommy tak boleh bawa jalan-jalan dah. (Hahaha bawa jalan-jalan pon belum lagi)


Disebabkan terlalu penat bermain petang tadi, sekarang ni mereka dah tidur.


Bersedialah mommy, anak-anak berjaga lewat malam ini. Ohh bertabahlah. Itu lumrah kehidupan seorang ibu. Hehe i love my mom!

9 comments:

  1. bawa anak ke taman kita juga rasa tenang. melihat anak sihat bermain seperti kanak-kanak lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang ank x makan ayah yang main betul tak Arz...

      Delete
  2. amboi sronoknya dia main. nak join boleh? :)

    ReplyDelete
  3. diorang seronok dapat main dekat situ. nasib baik faham keadaan mommy. ada pula ciksu yang membantu. syukurlah sangat sangat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he he betul tu x risau lah mommy ddk santai2 sama

      Delete