Review Nota Purba | Blogger Bujang 3 yang Setia


Review Blogger EFG | Fendi Rocka aka Fr


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni sambil-sambil mommy melayan baby Amal yang bangun awal sangat dan masih berjaga, mommy nak review salah seorang ahli EFG. Apa itu EFG?

Anda mungkin sudah tahu apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.


Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG ada di review. Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor. Beliau yang dikenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka. Sebenarnya randomly mommy pilih Fr dahulu. Tiada sebab lain kenapa beliau yang pertama. 

Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.

Setiap ahli EFG yang melepasi syarat kemasukan ke EFG akan ditemuduga oleh pengetua untuk melayakkan diri menjadi ahli tetap EFG. Hehehe siapa lagi yang akan menemuduga tu kan? Mommy irra lah. Mommy tidak boleh membuat penilaian terlalu awal tentang setiap ahli EFG. Lagi ramai ahli, lagi banyak ragam. And i really love Fr yang very awesome and sporting. Giler terasa bila Fr cuti seminggu kerana handphone beliau rosak.

Blog beliau "Nota Purba" pula pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah. Sebab apa? Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.

Blog yang jauh dari gosip-gosip liar, Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian. Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri. Misteri lelaki bujang tiga yang setia. Hehehe

Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!"

Fr seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada fr. EFG dah menemuramah Fr secara maya untuk Review dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. Haha 

What is chemistry in academic words (not less than 200 words) 😄

"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr.

Semoga Fr dan semua ahli EFG sentiasa berada dalam rahmat Ilahi dan menjadi blogger awesome sepanjang zaman. 

31 comments:

  1. moga sentiasa awesome dan terus menyakat orang..hehe

    ReplyDelete
  2. Entry FR buat pcl banyak fikir, jiwa muda barangkali..jauh beza dgn pcl ni .

    ReplyDelete
  3. ucapan Bonde untuk FR...

    "SELAMAT MAJU JAYA" jadikan setiap hari ceria bersama EFG... mulakan hari ini,... untuk maju di masa hadapan...
    InsyaAllah, Aamiin.

    EFG Awesome

    "Bonde Senyum Riang"

    ReplyDelete
  4. pribadi yg x pernah ambil peduli pasal gosip. (h)

    ReplyDelete
  5. seronok mengenali pemilik blog Nota Purba...mula rasa misteri...bila lama peramah orangnya

    ReplyDelete
  6. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
  7. smart gambar
    memang misteri orangnya.. jom kita bongkar ^_^

    ReplyDelete
  8. FR yang kelakar... tp misteri hahahhahaha

    ReplyDelete
  9. FR.....Suatu nota purba... Pelbagai ceritera ditulisnya...

    ReplyDelete
  10. Semoga Fr meneruskan penulisan dengan jayanya dalam dunia blogger....

    ReplyDelete
  11. pelbagai cerita yang tersendiri. menghiburkan.

    ReplyDelete
  12. Yang belum berkenalan memang wajib kenal & mengorek kemisterian fr ni...

    ReplyDelete
  13. nanti kita bongkar misterinya :D

    ReplyDelete
  14. Jom kitebterjah kita bongkar kita gali kita selongkar aemua yang ada di blog fr

    ReplyDelete
  15. keep it up FR.. teruskan menulis.. penulisan yang bagus :D

    ReplyDelete
  16. FR misteri.. Takut nak tegoq.. Hahaha..

    ReplyDelete
  17. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi

    ReplyDelete
  18. FR.. FR.. tgk dari raut muka macam serius... sekali rupanya kelakar yang amaaaaatttt... hahahahaa... :)

    ReplyDelete
  19. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
  20. FR yang kental....banyak persoalan yg masih belum terungkai..

    ReplyDelete
  21. fr dan nota purba penuh dengan kerahsiaannya yang tersendiri..tapi memang fr memang sempoii

    ReplyDelete
  22. Assalam irra,
    nak jugaaaaaaaaaaakkkkk jadi ahli sob3

    ReplyDelete
  23. blogger bujang 3???? hahahahahahahaha. adoyai..

    abg fr kuat mengusik. tapi xde abg fr, x meriah juga kopitiam EFG tu. ops, jangan kasitau abg fr plish. ahhaa

    ReplyDelete