Review Aku Penghibur | Acik Anak Emak


Hari ini giliran meng"review" blogger Acik. Pertama kali Acik pm untuk menyertai EFG, mommy tanya soalan kepada Acik, "Betul ke Acik nak join EFG ni?". Macam tak percaya. Tapi itu lah realiti EFG semakin dikenali dan ramai yang ingin menyertai. Namun begitu pengambilan ahli masih lagi dibekukan. Ahli EFG yang terkini adalah seramai 41 orang.


Mommy dah mengenali Acik kerana kami sama-sama menjadi sebahagian daripada keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Kami pernah bertemu sekali di Flora Cafe, Ampang. Acik yang secara fizikalnya nampak seperti pengurus majlis. Kalau berdiri sebelah, kerdilnya mommy irra. Hahaa. Okey, hakikat sebenar memang mommy yang kecil molek ya. :D

Nama blog acik adalah Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan? Hiburan apakah yang ada di blog acik ni? Bagi yang mengenali pasti sudah tahu jawapannya. Kepada yang belum tahu, sila cari jawapan di blog acik : www.akupenghibur.com.


Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Wow hebat acik ni. Paknil merupakan pencetus nama "Aku Penghibur". Kalau tak ada review EFG ni, maka mommy memang tak akan tahu betapa hebatnya blogger Aku Penghibur.

Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya adalah dari doa seorang ibu dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan realiti dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'.

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Entry yang menarik pada mommy yang juga seorang ibu adalah entry acik untuk ibu acik.

http://www.akupenghibur.com/2015/05/selamat-hari-ibu-kaulah-syurgaku.html

"Ketika hati gundah , kau peneman yang setia,
ketika aku duka, kau memberi jalan setiap masalahku
Ketika lara, kau menjadi penghiburku
kata-katamu adalah wadah jiwaku"


Terima kasih acik kerana menjadi sebahagian daripada keluarga EFG. 

88 comments:

  1. acik adalah salah seorang blogger yang bagus...

    ReplyDelete
  2. Mcm mana nak joint EFG ni... nakkkkk... btw, Acik mmg terbaek...

    ReplyDelete
  3. menghiburkan dan memberi teladan

    ReplyDelete
  4. aku penghibur disebalik menghibur ia juga menasihati terbaik

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak irra.. May Allah bless you ^_^

    ReplyDelete
  6. Good Luck Acik...

    family #EFG sentiasa mendoakan kejayaan Acik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. kami sentiasa mendoakan kejayaan acik :)

      Delete
    2. insyaAllah..semoga acik terus maju

      Delete
  7. Wah.. Acik penghibur bagi kita.... Namun, siapa yang penghibur utama Acik? Emak dialah... siapa lagi... :)

    ReplyDelete
  8. bagus jadi anak emak.. berkat

    ReplyDelete
  9. wah acik lebih sado dari pcl ke ni?...aummm , irra nampak kecik molek kalau bediri sebelah pcl. so..maksudnay acik memang besar lah gitu ea? Acik tu nampak fizikal je besar sado..tapi hati kecik, lemah lembut pada firasat pcl lah.

    ReplyDelete
  10. suka penulisan yang memberi motivasi.. keep it up..

    ReplyDelete
  11. Jangan cari pasal dgn acik ye uolssss :-d

    ReplyDelete
  12. all the best acik dan semua adik beradik EFG awesome :)

    ReplyDelete
  13. siifuu...!! siifuu....!! hehehehee... bertuah EFG ada Acik.. kan.. :)

    ReplyDelete
  14. Assalam irra,
    weee
    nak terjah la blog acik :)

    ReplyDelete
  15. acik blogger the best lepas k.irra, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, kita lak macam mana lela? hehe

      Delete
    2. blog Amy tak best....!! pelik... hahahahahaaa...

      *cubaan mensabotaj Amy*

      Delete
  16. penulisan achik mmg terbaik..byk motivasi n nasihat

    ReplyDelete