Malam tadi daddyG keluar pukul 8 malam. Anak-anak bila tak ada daddy je mereka pon akan buat macam-macam hal.
Amal menangis.
Adam merengek.
Anis? Dia main di bilik belakang.
Mommy nak tutup lampu bilik belakang, Anis tak bagi.
Tiba-tiba, Adam nak buka pintu tak boleh. Sudah! Time daddy tak ada la nak jadi macam ni.
8:58 malam : Mommy call daddyG.
DaddyG suruh pujuk Anis buka pintu. Mommy tahu yang Anis tak reti nak buka pintu. Semalam dia meraung kat bilik atas sebab Adam tutup pintu.
Mommy cuba pujuk Anis bukakan pintu. Anis membebel-bebel suruh buka kan pintu.
9:04 malam : Anis mula memanggil-manggil mommy.
Mommy usaha la guna kad. Zaman duduk kolej selalu juga la buka pintu dengan kad bila tertinggal kunci. Malang nya tidak berjaya sebab pintu ketat sangat.
9:23 malam : Anis mula menangis. Sedihnya. Sabar sayang. Daddy dah balik tu.
Adam marahkan mommy sebab tak keluarkan Anis. Dia mesti ingat mommy tak sayang Anis biarkan Anis menangis seorang diri dalam bilik.
Sedihnya dengar Anis menangis sambil menjerit "Takut...takut..takut..."
9:48 malam : DaddyG sampai. 50 minit daddyG nak sampai rumah. Kesian Anis.
9:50 malam : DaddyG memulakan usaha menyelamatkan anaknya.
10:06 malam : Pintu berjaya dibuka. Mommy dapatkan Anis dan peluk dia. Basah kuyup baju Anis. Berpeluh-peluh sebab bilik belakang tu tak ada kipas.
Kemudian, daddy pulak peluk Anis. Menenangkan Anis yang ketakutan.
|
Setelah 68minit terperangkap dalam bilik |
Hanya bilik itu sahaja yang tak ada kunci. Kejadian ini memang tak disangka.
|
Tombol pintu dikopak oleh daddyG |
Lepas ni insyaAllah tak akan berulang lagi sebab pintu pon dah tak ada tombol. Bila ada tombol baru, kunci pon akan ada.
|
Barang yang digunakan untuk kopak tombol pintu |