Day 23 - Baby Amal warded Hospital Baling


Semalam Amal tak dapat tidur lena kerana batuk, hari ni 9/4 mommy bawa Amal jumpa doktor. Sempat lagi snap gambar sementara menunggu giliran. Biru pink wink wink wink. Amal tidur, tapi buka mata sebab nak bagi pose menarik. Hahaha


Masa jumpa doktor, baby Amal tidur. Doktor check pernafasan Amal ok. Tapi sebab mommy kata Amal batuk teruk, maka doktor tahan Amal untuk pantau keadaan Amal.

Hurmm..mommy pada mulanya macam tak nak duduk wad. Pastu doktor suruh pergi Emergency. 

Sambil-sambil tu mommy bagitau daddyG kata doktor nak tahan Amal. DaddyG kata "Tahan la."

Mommy pulak pergi bagitau doktor yang daddy Amal kata "Tahan la". Terus doktor tahan wad. 

"Dah daddy kata tahan, kita tahan lah.",kata doktor.

Baby amal kena xray dan ambil darah. Tengok la tangan Amal kat bawah tu. Amal tabah kan. Mommy masuk hospital nak beranak Amal pon kena cucuk jugak. 


Semoga Amal cepat sembuh. Kesian mommy dengar Amal batuk-batuk.


Ini kakak Anis. Ini rupa tanda awal ekzema. Mommy daddy fobia dengan ruam-ruam ni, lebih-lebih lagi ekzema. 


Adik Amal kena pantau sebab batuk ni boleh jadi punca asma pulak. Minta dijauhkan.

Siasatan awal mendapati punca batuk Amal adalah berjangkit daripada Adam dan Anis. 

Semoga diberi kesihatan yang baik buat anak-anakku. Aaminn.

8 comments: