18 hari lagi


EDD 26/3/2015, 18 hari sahaja lagi


Nampak macam tak lama dah. Tapi yang merasa ni rasa sangat lama. Lebih-lebih lagi baby kerap mengeras. 


Pengalaman lepas pon tak ingat dah. Masa Adam Rayyan 8 bulan lagi mommy dah balik kampung. Masak apa pon tak. 

Abah kata biar je pinggan tu. Abah boleh basuhkan. Huhuhu. 32 minggu - 37 minggu tu relax banyak. Tapi paha krem sebelah. 


Pengalaman kedua pulak. Tak ingat jugak sakit macam mana. Sama ke macam sakit sekarang ni.


Dah la beranak Anis Insyirah betul-betul 40 minggu. Masa tu Adam Rayyan tak bercakap lagi. Selalu juga Adam Rayyan tantrum. Orang kata perangai nak dapat adik.

Bagus la kan tak ingat sakit macam mana. Hahahaaa. Tu yang boleh beranak lagi lepas tu. :D


Yang ketiga ni, subhanallah. Hari tu cirit dah 4 minggu. Sekarang cirit dah tak ada, ganti dengan contraction brickton hick yang kerap. 

Malam-malam pula kaki dan badan berdenyut-denyut sakit. Nangis-nangis sakit. Haaa macam ni ka dulu, sakit pon tak hengat wei.. 

Ni kes buat kerja berat la. Menjaga anak teruna dan anak dara tu. Rasa macam nak balik kampung je. Tapi taknak beranak kat kampung. Nak suami masuk teman masa beranak tu.

Makanya, mommy irra please be strong dear. 18 hari je lagi. Harap-harap lebih awal daripada tu.

Cerita blog pon pasal beranak jela. Sebab mommy dok countdown nak beranak. Uhuhuhuuu

4 comments: