Bila perut kenyang, Amal senang hati. Tidur je la. 

Lepas tangki di isi dengan penuh, upacara berhibernasi bermula.

Masa photoshoot pon tidur.

Masa botakkan kepala pon tidur lena. Tak bunyi langsung.
  

Makcik Amal day 13 yang baik hati :D


Ni mak ngah Anis day 13. Anak nombor dua, makngah la kan. Hehehe



Ini Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah


Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Jawapan mesti lah seperti ayat dibawah:
Berat baby Amal adalah X.XX kg

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:

1. Follow blog www.irrayyan.com dan
           instagr.am/rayyankata

2. Follow blog sponsor

3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com

4. Follow instagram

5. Buat satu entry bertajuk "Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah" dan copy code di bawah. (Ctrl+C untuk copy)


6. Cara-cara untuk paste. (Ctrl+V untuk paste)



7. Tinggalkan URL blog korang di kotak komen.


Pagi tadi dah kebah demam Adam Rayyan. Magrib tadi panas semula. Tapi dia tak merengek la pula. Pagi tadi bukan main merengek padahal dah tak demam. Macam-macam ragam anak ni.

Anis Insyirah pun demam juga. Dia mengantuk tapi tak boleh tidur sebab badan panas. Pakej selsema sekali.


Ibu dalam pantang uruskan anak 13 hari dan dua orang anak yang demam. Mak dah tidur sebab penat kemas rumah. 


Tak pernah-pernah Adam dan Anis demam serentak. Adik Amal dah tidur baru mommy dapat jaga Kakak dan Abang. 

Ehh jaga anak demam boleh update blog? Biasa lah ibu kan blogger. Blog dan mommy irra berpisah tiada. (Anis Insyirah tengok je mommy update blog, esok besar kakak boleh baca.)

Sambung jelum Adam dan Anis dengan air asam jawa. No need paracetamol!

Semoga cepat sembuh anak! I love you!


Ini baru lah Qu Puteh


Ni Puteh Selepuk! Hihihi 


Tapi comel yang amat!


Hari ke 12 kakak Anis Puteh jugak! Hehehe




Hari ni kena check kuning/jaundice lagi. Ummi yang bawa kami ke klinik. Hari Sabtu, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kupang, Baling buka jam 9 hingga 11 pagi sahaja.


Saja mommy letak gambar adik Amal reyau/menangis. Sebelum-sebelum ni dia relax ja tak nangis pon. 


Tapi adik Amal yang baik nangis sekejap sahaja. Bacaan turun. Tapi kena datang check darah lagi hari ke 14. Kerja jalan-jalan lah kita ye.


Masuk kereta Zzzz...abang adam pon tidur. Oh bahagianya hidup mereka. :D



Line Celcom teruk dari pagi tadi lagi. Geram betul. Berpuluh ribu kali upload gambar kat instagram baru berjaya. Gigih ko nak upload jugak! 

Petang ni pulak, macam mana la boleh tak perasan anakanda Adam Rayyan demam. Dia dok sokseksoksek selsema. Tak sangka la demam. Panas pulak tu!


Tengok tu!! Mak aih tinggi benar!


Mommy nak jelum dengan air asam jawa. No need paracetamol! 

Get well soon my dear! I love you!


Misi mai rumah timbang baby Amal berusia 10hari. Berapa berat baby Amal? RAHSIA!!!! Haa korang jangan lupa join CONTEST Teka Berat Baby Amal tau. Hadiah dah la best 


Mommy kenakan headband kat baby Amal. Headband semua saiz besar. Huwaaa tak jumpa la newborn size punye 


Ini baby Anis. Mommy pakaikan topi kat baby Anis. Tapi xde pulak beli topi kat baby Amal. Headband je ada.


Dah susah nak jumpa topi cantik-cantik. Semua tak berkenan. Uhuk. Mommy nak pakai ke baby yang pakai? Hahaha


Baby Amal yang suka tidur. Zzzz


Hai manis la muka awak sayang...sayanggg awakkkk


Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Pemikiran atau gambaran mental adalah pusat jana kuasa yang mengawal kehidupan dan menentukan masa depan kita.

Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Bacaan jaundice baby Amal naik turun.

Hari ke-4 200
Hari ke-5 196
Hari ke-7 206
Hari ke-9 194
Hari ke-11 28/3/2015(esok)

Semalam bacaan jaundice baby turun tapi masih tinggi. Nurse kesan sebab jaundice masih tinggi adalah mommy makan ikan masak lada. 


Tengok je pon dah tau sedap sangat. Lebih-lebih lagi mak yang masak. Padahal dua tiga hari lepas mak buat sup ikan jer. Makan ikan berlada ni sekali pon akan efect bacaan jaundice baby sebab baby amal menyusu badan.


Maka tiada lagi ikan masak lada. Krik krik krik. Halia pon tak boleh. Bawang putih pon tak boleh. 

Eh korang jangan lupa join contest teka berat baby Amal. Mommy sorok lagi berat baby Amal sampai hari ni sebab nak bagi cash kat korang. RM100 banyak tu. Mana tau teka betul. Hehe


Hari-hari amal mandi dengan air Herba Mandian Bayi TYT


Herba Mandian Bayi TYT digunakan secara tradisional untuk mengurangkan ketidakselesaan pada bayi baru lahir, panas badan, angin perut, ruam dan kulit gatal. 


Ia membantu dan mengurangkan ruam panas dan ruam lembap.


Herba Mandian Bayi TYT mengandungi Herba Semulajadi seperti:
-Peria Katak/Fructus Monordica Charantia
-Herba Verbena/Herba Verbena Officinalis
-Schizonepeta/Herba Schizonepeta Tenuifolia
-Buah Gardenia/Fructus Gardenia Jasminoides
-Pudina/Herba Mentha Haplocalyx
-Cortex Phellodendron Chinense

Baby Amal memang tidur lena. Alhamdulillah tak pernah meragam. Baby amal suka minum susu dan tidur. Nangis kalau kena air sejuk atau mommy lambat bagi makan. Ehh makan susu lah! Hahahaaa


Tercapai hasrat hati mommy nak photoshoot amal dan mengenakan props mermaid.


Nangis tengok!!! Suka sangat!!!!!


Tq photographer JMR23.com



Adik Amal dan Kakak Anis dibotakkan pada hari ke 9.

Ambil gambar dulu sebelum botak. Ehee


Gambar Kakak Anis sebelum botak.


Adik Amal dibotakkan oleh tukang urut mommy, kak Asiah. Kak Asiah minta disediakan daun bunga melur, bedak sejuk, air satu jag dan bedak sejuk. Nenen EBM pon dah ready in case adik Amal nangis.


Kakak Anis dibotakkan oleh tokbah Kelantan.


Mudah sungguh adik Amal. Dia tidur dan memudahkan kerja kak Asiah.


Kerja jadi mudah dan pantas. Settle botakkan adik Amal.


MashaAllah! SubhanAllah! Terima kasih Allah!


Makin terserlah ketembaman adik Amal.



Mak buat cucur jawa.


Alhamdulillah. Dapat makan makanan sedap-sedap. Air tangan mak yang terbaik!


Terima masih mak!


Esok pagi nak botakkan kepala baby Amal. DaddyG suruh ambil gambar baby Amal banyak-banyak sebelum botak. Haha 





Ini gambar Anis Insyirah 8 hari. 



Hari ketiga nurse klinik desa datang melawat baby Amal dan mommy. 


Nurse check apa je?
1. Suhu badan baby dan mommy. Dua-dua suhu normal.
2. Jantung baby dan mommy. Ok la kot, nurse tak kata apa pon. Haha
3. BP mommy. Normal.
4. Cek perut mommy. Ni nak cek rahim dah kecut sepenuh nya atau belum.


Nurse kata selagi baby ada jaundice, nurse akan datang melawat. 

Esok pergi klinik check jaundice baby. 


Beranak Amal, baru hilang 6 kg.. 6 kg tu berat Amal, air ketuban dan uri.. 


Berat sebelum bersalin 62 kg
Berat selepas bersalin 56 kg
Berat susut 6 kg
Berat sebelum mengandung 45kg
Berat lemak - lemak 11 kg


Bila nak hilangkan lemak - lemak? Tungguuuuuu :D

Macam mana nak hilangkan lemak-lemak?
1. Sapu krim panas
2. Pakai bengkung
3. Sabar krik krik krik

Mommy umpama belon. Kembang bila ada baby, menguncup, kembang lagi sebab ada baby lagi, menguncup lagi dan mengembang lagi. Sekarang masa untuk menguncup semula!

 
Selamat menguncup! Muahahaaa


Anak teruna mommy leka bermain sungguh kat rumah tok. Ada sepupu yang berusia 6 tahun bermain bersama. Entah apa yang mereka main.

Tiba-tiba Adam Rayyan tarik tangan mommy "Mommy, meh tengok ni." 

Seeeeee, binatang comel ini yang mereka main.

 

Semalam mereka main kucing sehingga kucing ini tak diketahui di mana mereka berada hari ini.


Emak kucing dah marah la tuu. Grrrrrr


Jaundice sinonim dengan bayi baru lahir. Kuat atau tidak sahaja bezanya. Gambar di bawah hari yang ke7 baby Anis check jaundice tahun 2013.


Dengan nurse yang sama check jaundice baby Amal.


Nampak beza x? Dulu baby siap berlapik tebal-tebal. Sekarang, bawa kain sehelai sebab nak tutup baby dari kena panas cahaya matahari.


Takyah bedung-bedung. Cuaca panas yang amat.


Ohh hari ketiga cucuk, Amal tak nangis langsung. Hari Khamis kena check lagi.


Hari ke 6, bangun pagi tukar pampers Amal, aik tali pusat dah tanggal.


Ini gambar kakak Anis semasa 6 hari. 


Adik Amal 6 hari. Pagi ni pergi checkup jaundice. Bacaan masih tinggi. Esok kena datang cucuk tapak kaki lagi.


Nurse kata baby menyusu badan ni kuat tidur. Ahaaa memang Amal suka tidur. Sama je macam Adam dan Anis. 


Alhamdulillah. Dikurniakan anak yang mudah dijaga. 


Semoga jadi anak solehah.