Stress dan pemakanan punca segala penyakit



Tahukah anda, bila kita stress, badan akan mudah mendapat penyakit. Kenapa?

Analogi mudah. Bayangkan saluran darah anda adalah jalan raya. Apabila anda stress, jalan raya itu akan berlopak. Semakin stress semakin berlopak.

Habis tu macam mana pula dikatakan stress punca penyakit?

Makanan kolestrol yang kita makan mempunyai kolesterol baik dan kolesterol jahat. 


Kolesterol jahat ini yang akan menampung lopak-lopak yang ada pada sel darah kita. Tampung sehingga boleh menyebabkan saluran darah sempit dan mendatangkan penyakit.

Haaa mudah je kan nak faham. So kita kena hidup dengan gembira dan cuba release stress. Biasa la hidup tak akan nama sebuah kehidupan tanpa dugaan. 



Satu lagi, apakah makanan yang menyumbang kepada kolestrol jahat?

HVO akan meningkatkan kolesterol jahat dan mengurangkan kolesterol baik. HVO(hydrogened vegetable oil) digunakan dalam pemprosesan makanan supaya makanan tahan lama.

Makanan apakah yang mengandungi HVO? Hampir semua processed food mengandungi HVO kecuali dinyatakan keasliaannya seperti butter asli.

Majerin, shortening, emulsifier drp HVO spt GMS / diglyceride /monoglyceridenon-diary creamer, butter & Ghee campuran HVOgantian cocoa butter daripada minyak sawit (dalam kebanyakan coklat) dan sebagainya adalah punca utama meningkatnya statistik penyakit darah tinggi, lumpuh, heart stroke, penyakit jantung koronari, dan diabetes mellitus type II.  
 
Kebanyakan produk makanan dikilang mengandungi satu atau beberapa bahan HVO diatas seperti roti, biskut, kek, pastry, pasta, makanan ringan, coklat, potato chips, roti canai, ayam goreng segera

Senang mommy irra cerita pasal makanan apa yang boleh di makan.  Biskut jenama Jacobs mengandungi 0.01% HVO. Yang paling sedikit HVO. Biskut jenama lain semua mengandungi banyak HVO.

Makanan bergoreng mempunyai HVO yang tinggi kerana peniaga akan menggunakan minyak recycle kerana harganya yang lebih murah. So, elak makan makanan bergoreng di kedai.

Minyak yang mommy recommend digunakan di rumah adalah minyak masak jenama Aalif, Saji dan Vesawit dalam botol.

Haa banyak lagi bab makanan ni. Nanti bila-bila free mommy irra sambung lagi. 

Marilah kita sama-sama meninggalkan makanan yang ada HVO untuk kesihatan. Tak mo ya muda-muda dah ada macam-macam penyakit. Mencegah lebih baik dari mengubati.

11 comments:

  1. ohhh baru tahu. nani ni noob sikit kalau bab bab info pemakanan ni. heheh

    ReplyDelete
  2. ade betul nye tu kak ira.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. Sue guna minyak alif. Biskut jacob juga. Fastfood mmg x ambik. P jln2 bw beksl sendiri. Jg anak2 punya mknn sejak dr awal semampu boleh.

    ReplyDelete
  4. Sue guna minyak alif...mknn ank2 insyaAllah semampu mungkin jaga dan masak sendiri.

    ReplyDelete
  5. Perlu lebih makan serat, kurang pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi. Senaman juga perlu dilakukan untuk kesihatan badan.

    ReplyDelete
  6. kolestrol jahat sila nyah kau....segera
    moga cepat sembuh mommy

    ReplyDelete
  7. Alamakk..terus rase mcm nak tukau segala pemakanan..tp kalau pantang nmpk mcm mana..huwaa

    ReplyDelete
  8. Kolestrol orang kurus pun boleh terkena...

    ReplyDelete
  9. Nenek min sampai operate kolestrol. Klostrol nenek dekat bawah mata. Area eye beg. Bahaya kolestrol

    ReplyDelete
  10. ngerinye..sblm ni belasah je makan ape pon..

    ReplyDelete