Kelapa muda |
Air kelapa adalah cecair tulen yang penuh dengan nutrien yang menghasilkan pelbagai manfaat kesihatan.
Selama ni kita minum je air kelapa tanpa tahu khasiat atau manfaat sebenar air kelapa. Berikut adalah 8 Manfaat Air Kelapa:
1. Membantu Usaha Menurunkan Berat Badan.
Kandungan lemak dalam air kelapa adalah sangat rendah, jadi kuantiti yang banyak boleh dimakan tanpa rasa takut berat badan bertambah. Malah ia juga menyekat selera makan dan memberi rasa kenyang kerana sifatnya yang kaya dengan nutrien.
2. Mencantikkan Kulit.
Bagi mereka yang mempunyai jerawat atau jeragat pada permukaan kulit, air kelapa mempunyai keupayaan untuk membersihkan kulit. Ia juga melembapkan kulit dari dalam dan menghapuskan minyak.
Ini menjelaskan mengapa produk seperti krim muka, syampu, perapi dan losyen yang mengandungi kesan ekstrak kelapa adalah lebih berkesan.
3. Natural Remedy untuk tidak lawas dan muntah-muntah
Bagus bagi mereka yang kerap terkena serangan membuang air kecil dan muntah-muntah.
4. Memudahkan Penghadaman.
Membantu menghadapi kesukaran semasa proses pencernaan. Oleh kerana kepekatan serat yang tinggi, ia membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.
5. Meningkatkan Penghidratan.
Bahan-bahan dalam air kelapa adalah cara yang lebih berkesan menghidratkan badan manusia berbanding dengan minuman sukan dan minuman tenaga.
6. Mengurangkan Tekanan Darah.
Tahap elektrolit yang tidak seimbang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana air kelapa mengandungi bekalan nutrien yang mencukupi, ia boleh digunakan sebagai mekanisme pengimbangan. Adalah disyorkan minum air kelapa pada permulaan setiap hari untuk memupuk keseimbangan elektrolit ini.
7. Kaya dengan Nutrien.
Tidak seperti mana-mana minuman lain di pasaran, air kelapa mengandungi lima elektrolit penting yang terdapat di dalam badan manusia. Ini termasuk: kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium. Kerana komposisi yang unik, air kelapa boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.
8. Sesuai dengan Darah Manusia.
Air kelapa bersifat isotonik terhadap plasma manusia, air kelapa boleh digunakan dalam keadaan kecemasan yang melampau dengan cepat rehydrate tubuh manusia.
Orang dulu-dulu kata air kelapa elok diminum oleh ibu-ibu mengandung. Haa sekarang kita boleh tau kenapa air kelapa tu bagus diminum oleh sesiapa sahaja tak kira umur.
Menurut herbalist, air kelapa berfungsi untuk mencuci darah. Sifat air kelapa yang sangat beralkali akan meneutralkan darah yang berasid.
DaddyG akan beli 4 biji kelapa muda setiap minggu. Walaupon mommy amalkan beras rebus, garam bukit himalaya pink dan gula organik, ada masa mommy makan jugak makanan yang ada hvo, msg dan pewarna seperti aiskrim. Tu yang nak kena neutralkan semula darah dengan air kelapa.
Kelapa muda dah habis, nak suruh daddyG belikan lagi :D
Best kalau dapat air kelapa muda panas-panas ni. Hehehhe.
ReplyDeleteBetoi betoi..dpt minum time panas2...fuhhh
Deletesedapnya dapat air kelapa...minum sejuk2 lagi best...
ReplyDeleteSimpan dlm peti jadi sejuk..dap dap
Deleteanis memang dari dulu suke minum air kelapa fresh.. memang sedap dan segar.. :D
ReplyDeleteSedapppp....
Deletesedap seedap.. antara air fevret.. kalo minom mesti nak dari biji..
ReplyDeletex ske kalo dah tuang masuk jug or gelas.. tak feel..
Mkn sorg2 xleh share la ni..hihi
Deletekerana itu juga kerap kali dijadikan penawar penyakit kan :)
ReplyDeleteAah....cuci ekzema pon pakai air kelapa
Deletepatut pon kulit irra cantik.. bdn pon ramping (h)
ReplyDelete