Exchange Feed Group 


Bantu blogger tingkatkan SEO Blog


Sejak wujudnya Exchange Feed Group, banyak ilmu blogging yang di kongsi bersama. Terbaru mengenai SEO Blog. Fuhhh pagi petang siang malam kelas SEO sahaja. Hebat tak hebat? Hahaha

Walaupon kami masih lagi baru dan keahlian sebanyak 13 orang, alhamdulillah bersyukur sangat di atas kerjasama semua. Sharing is caring. 

Terbaru, blogger ArzMoha check SEO semua blog. Kemudian masing-masing cuba menaikkan SEO blog masing-masing. 

Rupanya dalam ramai-ramai ahli EFG ni, masing-masing punya kelebihan. Yang bagusnya semua tidak lokek ilmu. Saling membantu bagi memantapkan blog masing-masing.

Seo blog irrayyan.com pada mulanya
Seo blog irrayyan.com pada mulanya


Seo blog meningkat menjadi 57% selepas mendapat bantuan blogger ceritaejoy.blogspot.com
Seo blog meningkat menjadi 57% selepas mendapat bantuan blogger ceritaejoy.blogspot.com

Blogger di luar sana yang nak join EFG dan sama-sama memantapkan blog, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

Exchange feed group
http://www.irrayyan.com/2015/02/bloggers-let-feed-exchange.html



Harga minyak semasa


Harga RON95, RON97 dan Diesel bulan Mac 2015



Mulai esok, 1 Mac 2015 harga minyak kembali naik selepas 2 kali turun. Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel naik 25 sen.

Harga semasa bulan Mac 2015:
RON97 - RM2.25
RON95 - RM1.95
Diesel - RM1.95

Sumber: Kosmo


Pergerakan harga minyak untuk tahun 2015
Pergerakan harga minyak untuk tahun 2015

Untuk melihat kadar harga minyak pada liter genap boleh klik http://hargapetrol.irrayyan.com
(Godek-godek la web apps tu ya..)

P/s: Di harap peniaga tidak menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya.

Harga minyak turun, harga barang tak turun pon. T_T


Motivasi Hari Ini


Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid



Matlamat anda mestilah jelas, tepat dan praktikal serta dibuat secara hitam putih. Bacalah matlamat anda berulang kali setiap hari.

Matlamat anda mestilah jelas, tepat dan praktikal serta dibuat secara hitam putih. Bacalah matlamat anda berulang kali setiap hari.


Maknanya, matlamat yang jelas itu harus ditulis atas kertas dah di letakkan di satu sudut yang kita selalu lalu. Motif? Kita akan selalu baca matlamat tersebut. 

Ya, saya akan lakukan!

Saya yang memburu kejayaan!


Gula Tebu Organik

Apa itu gula tebu organik?


Gula tebu organik dibuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. 

Kandungan pekat dari perahan jus tebu / nira (molasses) tidak dibuang dan mengekalkan warna gula; perang.


Apa masalah dengan gula putih?


Gula putih pula diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros iaitu kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protien, serat yang ada dalam air tebu. 

Sukros tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia dan tidak sesuai untuk dimakan. 

Gula Tebu Organik

Stok gula organik dah habis.


Apabila stok gula dah habis, mommy pon bagitahu daddyG.

"Daddy, gula dah habis."


DaddyG beli gula tebu organik di SpeedMart. RM3.50/400g


Apa motif mommy Irra sebenarnya ni?


Haaa motif nak ajak semua pembaca hentikan penggunaan gula putih dalam makanan/minuman seharian. 


Kenapa?


Kerana gula putih sangat merbahaya kepada manusia dan tidak sesuai untuk dimakan. 


Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom tukar!


Breakfast hari ini.

Roti Gardenia


Dalam banyak-banyak jenis roti, Gardenia je paling sihat di makan. Nak lagi sihat, buat sendiri. Hehe tapi guna bahan yang sihat jugak la.

Gardenia kosong

Roti sapu Nutella


Nutella sekali sekala makan tak pe. Hehe. Mommy makan roti sapu nutella.

Roti gardenia sapu Nutella

Gardenia bersama Aiskrim Hersley


Aiskrim paling cepat bagi kesan merah ke atas kulit Anis Insyirah. Pagi tadi Adam Rayyan makan ni. Anis Insyirah tak bangun lagi.

Roti Gardenia kosong bersama aiskrim Hersley

Biskut Jacobs Weetameal cicah air


Biskut Jacobs weetameal adalah paling sihat untuk di makan sebab ada HVO(hydrogened vegetable oil) 0.01%. Anis Insyirah breakfast ini.

Biskut Jacobs weetameal

Mommy makan yang segera jela. Maaf tak berdaya nak masak-masak. Tunggu kita balik rumah tok. Mesti tok bagi makan sedap-sedap. Hehehe


Teh O gula organik


Air teh lipton dan gula organik.

Teh o gula organik


 Nasi Arab : Khabsah Lamb

D'Arab Cafe, Seksyen 7, Shah Alam


Sejak masuk trimester ke tiga, mommy dah tak larat sangat. Dah sarat. Maka bila malam hari mommy akan order je makanan. Tapi sebab perut pon tak sihat, maka kena makan makanan yang sihat jela.  


Ini merupakan salah satu makanan sihat. Makanan sunnah iaitu daging kambing. Semua pasal kambing adalah yang terbaik.


Setakat sekarang ni, nak makan khabsah lamb, kat D'Arab Cafe jela dagingnya lembut.

#food #foodporn #khabsahlamb #lamb #irrayyandotcom #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup


Motivasi Hari Ini

Motivasikan diri untuk menjadi lebih positif. Aku seorang yang berjaya!


Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki?

Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki?

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid



Pandangan mommy Irra, bayangan positif ni macam idola. Kalau pada permulaan awal blogging, mommy hanya sekadar ingin berkongsi tentang ekzema. Namun setelah berkecimpung dalam dunia blogging, seorang demi seorang blogger mommy kenali, satu demi satu matlamat baru muncul.

Betul la kita tak tahu apa yang kita kehendaki sebab mommy tak tahu apakah seorang blogger boleh buat pada masa itu. Bila dah tahu boleh la merangka dan try my best. 

Yang paling penting, kalau omong kosong tanpa sebarang usaha, hasilnya tidak akan datang bergolek. Matlamat dah ada, pasti kau takkan lakukan sesuatu yang sia-sia. Sinar kejayaan mula kelihatan. 


Dikhabarkan cuaca panas akan berlaku sehingga penghujung Mac. Sekarang Mac pon tak masuk lagi.

Tengok lah tuan puteri hamba. Begini lah nasib si anak yang ada penyakit auto-immune. Fasa ekzema: kulit kering, gatal, keras, berair dan mengelupas dah lama berakhir. Hanya tinggal fasa kulit tak tahan panas dan peluh.


Kesian tengok. Tapi apa kan daya. Cuaca bukan mommy dapat control. Im doing my best supaya keadaan tak memudaratkan.


Rashes comel-comel ni akan hilang selepas beberapa hari. Dan akan muncul bila Anis Insyirah berpeluh.

Pasang la aircond? Hahaha itu aje ke penyelesaiannya? Aircond akan mempercepatkan proses penuaan. Aircond akan mengeringkan lagi kulit kerana dia menyerap air melalui kulit kita. 

Baik aircond hanya boleh menyejukkan. Buruk aircond? Anak oh anak, bertabahlah kita kepanasan kerana cuaca sekarang ni ye. Janji badan sihat.


Pagi ni rasa bosan nak makan biskut cicah air. Mommy masak moi atau bubur nasi. Orang kelantan panggil nasi air. Alaaa baru masak, lambat lagi nak dapat makan. 

Dalam freeze ada aiskrim yang tak habis sebab berjaya disorokkan daripada Adam Rayyan. Hahaha hebat mommy kan. Adam Rayyan buka je freeze, "aiskrim habis dah".

So mommy pon dapat idea buat ni;


Hancurkan biskut bersama aiskrim.


Yummyyyy 


Orang-orang yang tidak kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya. Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan hidupnya seperti burung dalam sangkar.

Orang-orang yang tidak kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya. Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan hidupnya seperti burung dalam sangkar.


-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Kenali diri.
Kenali Tuhan.
Kuatkan iman.
Saya akan berjaya.
Saya akan lakukan yang terbaik.
Saya ingin terbang!


Apa kegunaan Mi Band ni?

Memantau tahap kecergasan harian 
Memantau tahap aktiviti, jarak trek berjalan kaki dan
mengira kalori dibakar. 
Mencapai sasaran latihan yang ditetapkan setiap hari.
Berusaha ke arah gaya hidup yang lebih sihat!









Macam mana nak tahu bacaan Mi Band?

Scyn dengan aplikasi untuk menganalisis aktiviti kecergasan dan tidur untuk membantu meningkatkan gaya hidup.

Sync dengan aplikasi Mi Band dalam masa nyata melalui Bluetooth Low Energy (BLE) untuk melihat kecergasan dan rekod tidur. 

Jimat sehingga bernilai setahun data dan mendapatkan cadangan gaya hidup sihat. Berkongsi dan bandingkan data anda dengan rakan-rakan untuk melihat siapa yang lebih sihat!




Selain itu Mi Band mendapat Isyarat panggilan masuk. Jangan sekali-kali terlepas panggilan penting lagi.

DaddyG yang pakai Mi Band ini. Nampak segak je daddyG pakai. Macam pakai jam tangan. Nanti daddyG nak beli satu lagi untuk mommy Irra pula. Nak kesan tidur yang berkualiti berapa lama. 

Hahahaa. Ingat duduk rumah kerja tidur je ke? 

Mommy hari ini genap pregnant 36 minggu.
Baby sekarang bersaiz tembikai susu.
Baby semakin dekat dan dekat untuk melihat dunia dan dapat bernafas dengan sendiri.
Kulit baby semakin licin dan lembut dan gusinya keras.
Hati dan buah pinggang baby dalam keadaan baik.
Peredaran dan sistem imun pada dasarnya baik.

Baby saiz tembikai susu

Baby masih dalam 43.688 - 47.498 cm dan 1.905 - 2.630 kg dan terus meningkatkan.

Tarikh bersalin mommy hanya empat minggu lagi. Baby akan dapat bernafas dengan sendiri jika dia dilahirkan sekarang. 


Gejala Kehamilan pada 36 Minggu
  • Keupayaan lebih baik untuk bernafas. 
  • Baby mungkin tidak lama lagi turun ke dalam pelvik mommy, memberikan paru-paru mommy sedikit ruang tambahan.
  • Ketidakselesaan Pelvik kerana baby turun ke bawah.
  • Kesukaran tidur. Mencari jalan untuk berehat walaupun anda tidak mendapat tidur yang lena.
  • Pedih ulu hati dan lebih bengkak buku lali dan kaki.

******Progress Mommy Irra******
Susah nak tidur sebab badan sakit-sakit. Terutamanya paha.
Cirit birit tak berhenti. Normal kah?


Susu segar ada dua jenis; pasteur dan unpasteur.

Yang mana lebih baik? Jom kita study apa perbezaan antara susu segar pasteur dan unpasteur.

Susu Segar (unpasteur) adalah susu yang datang secara terus dari haiwan ternakan (lembu, kerbau atau kambing). Susu Segar mengandungi hampir 99.9% khasiat susu sebenar. Susu Segar biasanya boleh dibeli terus dari ladang atau melalui orang persendirian (penternak lembu atau kambing). Susu Segar agak sukar dicari di kawasan bandar.

Susu Segar pasteur sama seperti susu segar di atas, bezanya susu ini telah melalui satu proses pempasteuran di kilang. Tujuan pempasteuran adalah untuk memastikan bakteria yang ada dalam susu segar dibunuh. Jadi susu segar boleh disimpan lebih lama dalam suhu sejuk 30 hingga 40 C.

Perbezaan nutrisi
   
Kalsium dan Phosphorus      
Susu segar 99.9% 
Susu segar pasteur 95%

Thiamin dan Vitamin B12
Susu segar 99.9% 
Susu segar pasteur 85%

Vitamin C
Susu segar 99.9% 
Susu segar pasteur 80%

Sebelum ni mommy Irra minum susu Kambing Nubian. Nubian merupakan susu pasteur. So lepas ni mommy nak cuba unpasteur susu segar Kambing keluaran Panching Farm. Mommy dah booking pon. Nanti dah dapat mommy buat review pasal Unpasteur Susu Segar Kambing. :D


Ini merupakan kambing-kambing di Panching Farm. Putih bersih dan selalu di mandikan.





Sedap ke? Kena tunggu mommy rasa dahulu. Arghh tak sabar tunggu stok susu segar kambing Panching Farm awal Mac nanti.

So semua dah boleh buat kesimpulan susu segar mana yang lebih baik kan? Jom amalkan pemakanan sihat dan sunnah Nabi.


Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita, lakukan yang terbaik.

Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita, lakukan yang terbaik.

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Saya akan buat yang terbaik!


Jom bagi ikan makan. Ikan-ikan ni makan bersungguh-sungguh.


Mungkin sebab banyak sangat ikan. Jadi mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan makanan.


Tapi kan, cuba tengok ikan-ikan ni. Saiznya besar dan gemuk-gemuk. 


Ikan keli pon ada. Berebut-rebut makan pon mereka sangat sihat. Untung la dapat makan.

Adam Rayyan seronok kat sini. Tengok ikan besar-besar makan. Anis Insyirah mana?


Anis Insyirah pon mengisi perut juga. Hahaha. Mana aci bagi ikan je makan. 

Jom g Farm In The City. Dibuka setiap hari kecuali Selasa. 

Public Holiday buka dari 9:30am - 6pm
Weekdays buka dari 10am-6pm

Bayaran
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM25
Tinggi kurang 90cm masuk adalah percuma.


Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda?

Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda?
-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Mesti la kita pasang matlamat setinggi awan kan...so berusahalah mengejar matlamat. Tiada kejayaan yang datang bergolek.


Last time mommy bergambar je kat Longkang Fish, Farm In The City.

Kali ni kami mengambil peluang merasa bagaimana perasaan dapat menyauk ikan. 

Mula-mula daddyG sauk dulu. Tapi tak dapat apa pon. So mommy pon nak tunjuk skill la konon. 

Taraaaaa...dengan sekali sauk je dapat seekor ikan. Hahahaa jadi la daripada tak dapat apa langsung kan. 

Sauk ikan di longkang fish

Bangga sungguh mommy dapat ikan seekor. Kemudian try lagi. Tak de dah..haaa tu la tadi bangga diri sangat. Ahahahaaa

Adam Rayyan taknak join. Dia nak tengok je. Anis Insyirah dah kepenatan. Mommy daddy je bersemangat waja lagi.


Kalau nak pergi ke Farm In The City ni kena plan betul-betul. Bila public holiday, orang ramai sangat. 

Pakaian pon kena yang bersesuaian. Ingat cuaca redup macam hari tu. Sekali hari ni cuaca panas. Kesian Anis Insyirah. Dah la mommy lupa nak bawa kipas baby tu. 

Nanti kita datang lagi bawa adik baby pulak :D


Mommy preggy 35 minggu 5 hari

Anak ke 3 - Girl
Berat semasa 60 kg
Sebelum pregnant 45 kg
Penambahan 15 kg
Berat baby scan tak tahu.
Berat baby lahir ? minggu - ? kg

Anak ke 2 - Girl
Berat semasa 61 kg
Sebelum pregnant 42 kg
Penambahan 19 kg
Berat baby lahir 40 minggu - 3.67 kg

Anak pertama - Boy
Berat semasa 65 kg
Sebelum pregnant 44 kg
Penambahan 21 kg 
Berat baby lahir 37 minggu - 2.88 kg 


Tanya pasal kedudukan baby je kat doktor tadi. Terlupa nak tanya berat baby. T_T 


Hari ni g checkup seperti biasa di Klinik Dunia Medik, Seksyen 23, Shah Alam. 

Urine normal
Berat ok
Bp normal
Baby sihat 

31 hari sahaja lagi! Caiyok caiyok mommy! 


Semalam daddyG bawa anak-anak bermain di padang. Seronok lah Adam Rayyan dapat bermain bola dengan daddy. 


Tapi tak ada gambar. Jauh ke tengah padang mereka main bola.


Mommy jaga kakak Anis Insyirah tidur. Dia tidur dalam kereta dan tak sedar dah walaupon diganggu.


Orang nak bawa dia g beriadah. Dia boleh tidur dalam bising-bising orang bermain di padang. Haha


Anis Insyirah tidur sampai 9 malam. Huhuhu


Pukul 1 pagi baru dia tidur semula.


Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang jelas, spesifik dan realistik, barulah timbul semangat, motivasi dan kesedaran seseorang mengenai betapa pentingnya mencapai matlamat.

Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang jelas, spesifik dan realistik, barulah timbul semangat, motivasi dan kesedaran seseorang mengenai betapa pentingnya mencapai matlamat

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


#motivasidirisendiri #peringatanbuatdirisendiri #motivasihariini #kejayaanmilikorangyangberusaha

Saya nak berjaya!

Jom kita sama2 senaraikan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, matlamat yang jelas, spesifik dan realistik. 


Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.

Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Semua orang nak berjaya dalam hidup. Matlamat ada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Jadi kita spesifik kan matlamat. 

Contoh semalam matlamat mommy nak jalan-jalan. Pergi Farm In The City. Dugaan datang iaitu sakit perut. Tapi redah pergi juga. Tak pe kalau sakit tiba-tiba kita cari toilet. Hehehe.. Alhamdulillah, sampai juga ke Farm In The City untuk second trip. 

Matlamat lain: nak dekatkan anak-anak dengan binatang supaya berani. Alhamdulillah nampak perubahan apabila mereka seolah-olah dah biasa dengan Farm In The City. Cuaca dan persekitaran yang ramai orang kerana cuti Chinese New Year jela buat keadaan jadi bingit dan panas. Rasa seronok sangat melihat Adam Rayyan dan Anis Insyirah jadi lebih berani dari sebelum ni.

Matlamat lain: blogger arzmoha nak jumpa daddyG. Mommy la suggest Farm In The City menemukan dua orang kawan ni.

So semalam beberapa matlamat telah dicapai. Matlamat hari ini adalah daddyG nak bawa Adam Rayyan dan Anis Insyirah pergi main kat padang. 

Ahaha ni dah sihat ke mommy irra membebel panjang ni? K laa adioss jumpa lagi :D


Blogger arzmoha merupakan kawan daddyG. Cuti CNY arzmoha datang bercuti di Putrajaya. Mommy ajak arz berjumpa di Farm In The City.


Kali terakhir kami jumpa blogger arzmoha pada Jun 2012.


Cik Akak pon berani nak bagi tortoise makan.


Ini la sifoo awal mommy irra dalam dunia blogging. 


Abah ada dua babyyyy..boleh dah bagi cik akak kawan ni arz...


Kami masuk ke Farm In The City pukul10 pagi. Pergi ke semua station. Dua kali berhenti rehat. Habis semua destinasi, kami makan dahulu. Berpisah dan bergerak pulang pukul 1:30 tengahari. 

Ada rezeki kita jumpa lagi.