Ubat sakit adalah tidur


Kerana terlampau seronok bermain, mommy tak perasan pon Adam Rayyan jatuh. Mommy boleh tahu Adam Rayyan jatuh sebab seluar dia terkoyak di kiri dan kanan lutut. Sah mesti luka. 

Adam Rayyan macam tak sakit je. Bermain dengan kawan tanpa henti. Kejar bola. Berlari. Jatuh sikit-sikit tu biasa la. Kalau dah boleh senyum dan bergelak ketawa tu, tu kira selamat lah.

Masuk je dalam rumah. Mommy buka seluar Adam Rayyan. Ohh luka sikit je.


Kemudian, Adam Rayyan merengek minta tidur. 

"Nak tidur".
"Nak tidur".
"Nak tidur". Entah berapa kali.

Tabiat Adam Rayyan kalau sakit, dia taknak di sapu ubat. Dia taknak kita belek luka dia. Dia nak tidur sahaja.

Mommy kata mandi la dulu. Kan tadi main sampai berpeluh. Kotor habis badan tu.

"Jom mandi. Jom mandi. Jom mandi." Rengek anak teruna mommy seorang ni.

Sedang mandi, meraung dia bila terkena sabun. Laaa tangan pon ada luka jugak. Pedih kena air la tu.


Ambil gambar tunjuk kat daddy. Daddy kata sikit ja tu. Aah memang nampak sikit je. Maybe pedih sebab kena air dan sabun. Mommy dah letak sabun moogoo sebab tahu mesti pedih la luka tu.


Sudah mandi dan pakai baju, dia minta bantal. Tidur lah ubat dan penawar sakit si abang.

Mommy rasa Adam Rayyan sebenarnya fobia dengan sakit. Dia pernah sakit mata. Doktor bungkus dia dengan kain dan buang selaput mata. Mommy kena pon sakit. Ini kan pula Adam Rayyan baru 2 tahun masa tu. 

Bila Adam Rayyan terjaga dari tidur. Terus mengadu kat daddy tangan dia sakit.

6 comments:

  1. ala kesian adam.. semoga cepat sembuh..
    =)

    ReplyDelete
  2. Kecik-kecik jatuh dulu. Dah besar boleh jadi manusia yang hebat. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. alololo siannya diaa. sama macam nani lahh. kalau sakit tak nak sapu ubat. nak tidur kenkonon bila bangun nanti sakit dah hilang. ahhaha :P

    ReplyDelete
  4. Tapi mmg betul pun bila bgn tido rasa sakit tu hilang..

    ReplyDelete
  5. alahaii adam..lekas2 luka tu sembuh ya..amiin!

    ReplyDelete
  6. alahai sian dia...
    takpe... tu tanda nak jadi a good big boy.
    mesti ada luka sana sini skit skit...

    ReplyDelete