Petting Zoo, Farm In The City, Seri Kembangan - Savanna, Rabbit, Parrot


Ini entry ketiga mengenai penerokaan kami di Farm In The City, Seri Kembangan. Entry pertama cerita di Turtle and Tortoise Farm. Kemudian entry kedua cerita di Reptile and Bird Aviary. Hari ini sambungan kami ke Savanna. Apa ada dalam Savanna?


Ada rusa yang sangat jinak.


Dia mai rodong ja kat kita. Sampai mommy pon terkejut la. Tengok-tengok dok sebelah. Anak-anak dah menjerit. Besar lagi rusa dari mereka.


Lagi seekor yang tak takut manusia adalah kambing. Mommy geram sebab kambing ni over tau. Kita nak bagi makan rusa, dia datang dulu. Hahaha last last tak ada gambar dengan kambing.


Kat dalam Savanna ni ada Kanggaroo dalam pagar asing. Tapi semua tak nak bagi kerjasama bergambar. Ha ha ha


Anis Insyirah yang jerit-jerit minta dukung takut dengan rusa dan kambing tadi, mommy letak dalam ssc(soft stuctured carrier). Siap bagi kipas kat dia. 



Next station adalah Vegetables and Fruits Farm. Mommy bergambar dengan orang-orang sahaja. 


Tak sabar nak pergi tengok haiwan lain lagi. Next station adalah Pet Village.


Hai gemok nya la hai mommy Irra. Okey saya bangga saya gemok. Bangga sebab saya carry seorang lagi zuriat saya dan suami. He he he. 


Kat sini ada arnab. Banyak sangat arnab. Sampai tak tahu nak pegang yang mana. Eh dah lupa macam mana nak pegang rabbit ni. 


Adam Rayyan memberanikan diri bagi rabbit makan. 


Rabbit yang kehausan. Comel jer.


Kesian rabbit tu. Bila rabbit tu dekat dengan Adam Rayyan, Adam Rayyan ke belakang. Takut. 


Kemudian daddy pegang belakang dia. So dia tak boleh undur.


Grrr nyamuk dah gigit anak saya! Tengok kat kepala Adam Rayyan tu. Mommy lupa tempat macam ni mesti ada nyamuk. 



Bila dah berani, Adam Rayyan tak nak keluar pulak. Dok paksa rabbit-rabbit tu makan. Rabbit tu pon dah kenyang kot. Semua pengunjung yang datang bagi dia makan.


Siap kena pujuk baru nak keluar. Kat luar kawasan rabbit tadi ada Longkang Fish. Ermmm mommy dah biasa dah tengok ikan. Bergambar dah la. 


Kemudian kami terkejar-kejar ke Parrot Show 11:30 pagi. Nanti kita patah balik ke tempat yang belum singgah.


Teruja dengan burung kakak tua yang boleh bercakap "hai" dan bersiul bila tengok perempuan cantik. 


Ada jugak adegan lakonan parrot sebagai pelakon. Tengok kat bawah ni, dia jatuh selepas kena tembak. :D


Okey tunggu next entry kita pergi tengok OWL yang sangat comel.

2 comments:

  1. wahh. akak pegang rabbit. kalau nani geli nak pegang. hahaha. sebab bulu dia gamaknya :D

    ReplyDelete
  2. hihi comel je parrot tu.. pandai betul kan..

    ReplyDelete